December 4, 2024

KUALA LUMPUR : Kumpulan muzik Kugiran Masdo bersama pemuzik Indonesia, The Changcuters telah mempamerkan aksi ‘gila-gilaan’ di hadapan hampir 2,000 penonton yang menyaksikan konsert “Kugiran Masdo X The Changcuters” yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Kolaborasi yang cukup hebat serta masing-masing punya aura yang tersendiri meskipun berbeza genre namun penyatuan di atas satu pentas pastinya memberi impak yang mendalam kepada khalayak. Kugiran Masdo yang dibarisi Ali Sariah selaku vokalis, Putu Ceri (gitar bass), Asmawi (gitar utama) dan Azham (dram) menyifatkan kerasian konsert tersebut sebagai satu platform penyatuan dua genre muzik dan negara berbeza dalam satu acara.

Kugiran Masdo

Menurut Ali, ini adalah sebuah mimpi yang telah menjadi kenyataan apabila Kugiran Masdo dapat bersama The changcuters berkongsi pentas menghiburkan peminat mereka.

“Sejak awal dulu memang dah perancangan nak ada satu konsert, jadi ini adalah satu mimpi jadi kenyataan.

“Jadi kita lebih kepada rasa bangga, lebih rasa tak sabar untuk perform. Nak tengok keadaan pada malam ini, orang datang tu macam mana kerana sebahagiannya dari Indonesia,” kata Ali.

Ali Sariah selaku vokalis Kugiran Masdo

Tirai Konsert “Kugiran Masdo X The Changcuters” terlebih dahulu dibuka oleh Kugiran Masdo. Band yang membawa genre pop yeh yeh itu sudah pasti akan membuai khalayak dengan rantaian lagu-lagu yang sudah cukup untuk dinikmati serta dihadam oleh para peminatnya.

Kugiran Masdo memukau peminatnya menerusi lagu Dewi Puspita, Teruna & Dara, Lautan Asmara, Bunga, Berduka-lara, Kasih & Sayang, Dinda, Malam Pesta Rock n Roll dan Bercanda Di Malam Indah.

Mereka juga turut membawakan single terbaru yang akan dilancarkan pada 13 Januari nanti. Lagu Inilah JalanNya merupakan hasil lirik oleh Noh Hujan.

Aksi bertenaga yang ditunjukkan oleh Kugiran Masdo

Pentas diambil alih oleh Mohammad Tria Ramadhani selaku vokalis, Muhammad Iqbal atau Qibil (gitaris), Arlanda Ghazali Langitan (gitaris), Dipa Nandastyra Hasibuan (bass) dan Erick Nindyoastomo (drummer) yang membawa genre Rock & Roll yang akan diterjemahkan oleh The Changcuters yang telah ditubuhkan pada tahun 2004.

The Changcuters

Dengan intro menerusi Pria Idaman wanita, seterusnya mereka mempamerkan aksi-aksi lincah agar penonton terus berdansa bersama mereka. Antara lagu-lagu yang menjadi setlist The changcuters antaranya Mengapa sahabat pacarku…, Parampampam, Akhirnya indah, Senandung Pertemanan, Berangkat!, Suka-suka, Tarik Jabrix, Cari rasa, I Love U Bibeh, Hijrah ke London, dan Hantu. Tanpa Gila gilaan ibarat pincang persembahan The Changcuters, teriakkan khalayak dipenuhi.

Klimaks konsert Kugiran Masdo X The Changcuters adalah paduan vokal antara dua band ini menerusi lagu Racun Dunia, Miss flowers twist, Janji manis dan Main Serong. Penyatuan dua band atas satu pentas ini nyata memberikan kepuasan terhadap penggemar muzik mereka.

Aksi bertenaga yang ditunjukkan oleh The Changcuters
Kolaborasi antara Kugiran Masdo dan The Changcuters