April 19, 2024

KUALA LUMPUR – Al-Jawaher adalah satu nama yang tidak asing lagi buat penggemar muzik nasyid nusantara terutama setelah pelancaran single baharu mereka, BRING ME CLOSE TO YOU, yang mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Tidak hanya itu, kumpulan yang dianggotai tujuh wanita ini telah siap siaga untuk melancarkan single terbaharu mereka, SEJADAH. Seperti single Al-Jawaher yang terdahulu, SEJADAH juga adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.

SEJADAH adalah pemberian Al-Jawaher sempena bulan Ramadan kepada penggemar muzik nasyid nusantara yang terus menyokong mereka selama 44 tahun dalam industri muzik. Al-Jawaher juga ingin terus mengingatkan peminat mereka yang pintu taubat masih terbuka, dan pintu ilmu tak pernah terkunci.

Single terbaharu Al-Jawaher berjudul Sejadah

Single terbaharu Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. Ini merupakan kerjasama bersama syarikat Impact Music & Entertainment untuk ke pasaran nusantara.

Video muzik SEJADAH boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari pertama Ramadan jam 9 malam, dan boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 24 Mac jam 12 malam.

Al-Jawaher – Sejadah