April 19, 2024

Warning: sprintf(): Too few arguments in /home5/darulmul/public_html/kelkatutv.com/wp-content/themes/chromenews/lib/breadcrumb-trail/inc/breadcrumbs.php on line 253

KUALA LUMPUR : Penyakit anxiety atau keresahan merupakan salah satu penyakit emosi yang kerap berlaku dan boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Penyakit anxiety ini akan menyebabkan seseorang berhenti melakukan sesuatu yang digemari. Pada tahap yang serius, seseorang mungkin menjadi takut yang melampau.

Derita pesakit anxiety disoder ini telah menjadi perhatian pendatang baharu dalam industri seni hiburan tanahair. Aliah Adilah, yang juga dikenali sebagai Dilla, merupakan seorang Pelajar Diploma Muzik (Majoring in Vocal) UiTM, Shah Alam, telah menyampaikan mesej mengenai penyakit ini melalui karya terbaharunya berjudul Resah.

Aliah Adilah tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Resah’

Resah merupakan hasil ciptaan Azizul Jaabar Bin Azizain @ Joy dan Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S. dan liriknya oleh Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S.. Resah tidak seperti lagu-lagu yang sedang popular masa kini, Resah merupakan kisah benar yang dialami penulis lirik sendiri iaitu sebuah penceritaan mengenai penderitaan seorang pesakit yang mengalami penyakit Anxiety disorder dimana penyakit hadirnya tanpa amaran dan menjadikan orang yang mengalaminya menjadi sangat murung. 

“Lagu Resah ini amat bermakna bagi saya kerana lagu ini bukan tentang cinta tetapi mengenai seseorang yang mengalami penyakit Anxiety disorder. Dengan terhasilnya lagu ini saya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang apa itu penyakit Anxiety dan bagaimana pesakit ini meneruskan kehidupan serta bagaimana mereka mengatasi penyakit ini.” Kata Dilla yang meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi. 

Hasrat penulis lirik ini juga ingin berkongsi kepada pendengar tentang rasa apa yang dialaminya di saat permulaan, semasa dan setelah menjalani rawatan penyakit ini selain menyampaikan agar orang ramai atau keluarga perlu mengambil peduli keadaan pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan dalam tempoh proses penyembuhan. 

Aliah Adilah sewaktu sidang media dan pelancaran single ‘Resah’

Dilla yang kerap memasuki pertandingan nyanyian serta membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan makan malam, mempunyai mutu vokal tersendiri hasil dari pembelajarannya. Bakat yang dimiliki Dilla telah dihidu oleh Joy selepas menonton salah satu persembahan Dilla di ibu negara.

“Melalui lagu ini juga saya dapat memberitahu kepada pesakit-pesakit Anxiety ini yang kita sangat peka atau ambil peduli terhadap mereka. Lagu ini juga memberi impak yang positif kerana penyakit ini bukan hanya menyerang mereka yang berumur malah kepada kanak-kanak juga.” Ujarnya yang mengidolakan penyanyi tersohor tanahair Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dilla juga berharap dengan kemunculan lagu ini sikit sebanyak dapat memberi kesedaran orang ramai menghadapi pesakit yang mengalami Anxiety ini dan berusaha untuk membantu mereka untuk sembuh.

“Harapan saya agar lagu ini dapat diterima peminat dan juga dapat menerima kehadiran saya yang masih baharu dalam industri seni hiburan ini.” Katanya.

Video muzik rasmi lagu Resah nyanyian Aliah Adilah telah pun berada di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Aliah Adilah – Resah (Official Music Video)

 

Temu bual bersama Aliah Adilah bersama media