KUALA LUMPUR, 01 DISEMBER 2021 – Kemunculan NFT atau non-fungible token (juga dikenali sebagai aset digital seni kripto) telah melanda dunia dalam bab teknologi kewangan dengan penglibatan syarikat antarabangsa utama, selebriti dan juga pengumpul seni yang melihat penggunaan NFT sebagai langkah besar dalam industri seni dan landskap digital. Di peringkat global khususnya, ramai penyokong NFT mengambil peluang keemasan ini untuk mengambil bahagian dengan menghasilkan seni kripto yang unik dengan mencipta atau berdagang sesama sendiri.

Tidak terkecuali dengan fenomena era digital masa kini, usahawan dan penyanyi rap tempatan, Altimet melihat potensi NFT diperlukan untuk mengembangkan industri kreatif di Malaysia sejak dari awal lagi. “Populariti NFT yang semakin meningkat naik telah menyaksikan orang ramai cuba mencipta segala-galanya termasuklah seni, muzik dan juga kasut! Kami menyaksikan pelbagai kreativiti artis Malaysia yang sangat menakjubkan sehingga mereka mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Mengabdikan hasil digital yang unik ke dalam NFT pastinya merupakan peluang yang terbaik untuk mereka mempamerkan dan menonjolkan bakat yang sedia ada di Malaysia”.

Menuju ke era metaverse buat kali pertama, Altimet telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan tiga artis popular Malaysia iaitu Konfederasi, Panda Punk dan Tun Aqhari untuk mengeluarkan beberapa ilustrasi eksklusif. Edisi terhad ini turut disertakan klip audio single hit daripada Altimet seperti Mambang, Saya dan Amboi untuk memberikan pengalaman yang lebih eksklusif untuk pengumpul NFT.

Bukan itu sahaja, Altimet turut akan melancarkan single terbaru yang berjudul Kotarayaku III yang dicipta oleh Emir Hermono dan Puffie Top sebagai NFT. Lagu tersebut akan menampilkan video susunan foto tanpa henti yang diatur khas oleh jurugambar tempatan, Patrick (dari Heart Patrick Photography).

Ilustrasi eksklusif yang dihasilkan bersama-sama dengan Kotarayaku III telah dilancarkan untuk jualan menerusi pentas.io pada 27 November, bersempena dengan ulang tahun Altimet yang ke-43. Altimet juga telah berjanji untuk mendermakan hasil jualannya kepada badan amal yang terpilih.

“Saya jenis tidak reti untuk duduk diam dan sentiasa mencari cara yang berbeza untuk berkembang. Cara apa lagi yang terbaik untuk meraikan hari lahir saya dengan menyelami bentuk seni baharu yang semakin berkembang maju dalam era globalisasi masa kini. Ia adalah satu peluang keemasan bagi saya untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berbakat. Saya sebenarnya tidak sabar untuk melihat apa lagi yang boleh dibawa oleh industri seni kreatif ke dalam era digital dalam masa terdekat ini”, kata Altimet lagi.

Ikuti media sosial Altimet di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube untuk mengetahui perkembangan terbaru beliau.

Altimet turut akan melancarkan single terbaru yang berjudul Kotarayaku III
One thought on “Altimet lancar ‘Kotarayaku III’ sempena hari lahir ke era metaverse”

Leave a Reply

Your email address will not be published.