May 23, 2024

KUALA LUMPUR – Artis rap serba boleh dari Singapura Alyph kembali di tahun baharu ini selepas lagu tular Swipe, yang berjaya mengembangkan namanya dengan penuh jaya tahun lalu. Kini, Check, sebuah karya yang ditulis, diterbit dan dipersembahkan sendiri oleh bintang hip hop itu, dilancarkan di semua platform digital di bawah Def Jam South East Asia.

Check merupakan sebuah lagu yang Alyph harap dapat “mengingatkan orang ramai untuk sentiasa ‘Check’ atau memastikan diri sendiri.

“Untuk melaksanakannya bukanlah dengan menetapkan segalanya di dalam ‘kepala’ sendiri – tapi anda juga harus memastikan persekitaran, tenaga dan orang di sekeliling anda sama-sama searah dan sependapat,” jelasnya.

Tidak dinafikan, belum ramai artis hip-hop Asia Tenggara yang sudah mengecapi loncatan kerjaya seperti Alyph. Swipe telah mencipta suatu fenomena serantau saat ia dilancarkan – lagu itu telah mengumpul lebih tujuh juta putaran di YouTube dan lima juta penstriman di Spotify. Dan ia bukanlah semata-mata kerana kualiti lagunya yang hebat tetapi juga rentaknya yang rancak.

Selepas lagu Swipe tular kini Alyph tampil dengan Check

Semestinya, ia menjadi fenomena tular di platform TikTok, sehingga menjadi inspirasi para selebriti serta ahli poiltik yang mengikuti trend di aplikasi itu. Jadi apa selepas itu? Check sebuah lagu yang bukan sahaja mempunyai harapan berdasarkan keyakinan dari Swipe, ia mengalir dengan penuh pesan kebijaksanaan serta penilaian yang datang bersama bertahun-tahun pengalaman yang sudah dikumpul Alyph dalam berkarya.

Dengan rentak trap yang bernuansa kelam namun kemas, Alyph berkongsi senarai semakan mental yang memastikan fikirannya sentiasa berada di tempat yang betul.

Rentaknya mengalir mudah – sambil dirinya cuba memastikan atau Check teman-teman disampingnya, suasana persekitaran dan juga refleksi sendiri lelaki di dalam cermin, lagu ini mengingatkan bahawa risiko bahaya itu sentiasa ada, jadi dia tidak boleh tersilap langkah.

Check member kenapa vibe dia pelik / Check check, dia nak apa yang ku milik,” rapnya berbunyi.

Check ditulis lama sebelum Swipe dihasilkan – seolah-olah Alyph sudah dapat melihat kejayaan lagu Swipe yang bakal menjana kecemerlangan lagu Check pula. 

Alyph juga tahu cara mengumpulkan pasukan yang sesuai untuk setiap projeknya – selepas bertahun-tahun bekerjasama dengan ramai bintang, keputusan Alyph bergerak solo berjaya menampilkan sisi terbaiknya selain mempertajamkan lagi bakatnya di bawah bimbingan dan persahabatan pihak lain.

“Kini, saya hanya bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu yang sempat dengan setiap peluang yang ada,” katanya, sambil menambah bahawa 2023 adalah tahun terbaik untuk memperluaskan fenomena yang telah dicipta melalui Swipe. Lagipun, ada album yang sedang disiapkan – sebuah album yang akan menampilkan lagu-lagu yang mudah dinikmati namun, tetap mempunyai maksud yang dalam tentang erti kehidupan.

“Karya-karya saya lebih konsisten sekarang dan saya harap ia akan membawa kepada sebuah projek di hujungnya. Saya perlu membina katalog saya sendiri – ia memerlukan kerja yang banyak!”

Untuk menghasilkan karya muzik yang berterusan ia memerlukan kerja yang banyak – semestinya ia harus dilaksanakan dengan fikiran yang tenang dan tenaga yang wajar. Kejayaan Swipe hanyalah sekadar satu pengesahan, namun kerja tetap bersambung. “Kadangkala ini membantu saya untuk mengetahui bahawa saya sedang melakukan sesuatu yang betul,” katanya.

Check kini boleh distrim di semua platform digital. Strim di sini. Video muzik lagu ini boleh ditonton di YouTube bermula 10 Februari, jam 9 malam.