Mengimbas  sedikit mengenai penyanyi ini, beliau menggelarkan dirinya sebagai Amad Fadlin merupakan seorang penyanyi muda yang pernah mengeluarkan single sulungnya bertajuk, ’Tetap Setia’ pada tahun 2020. Dek kerana keadaan dunia pada Ketika itu, lagu Tetap Setia kurang mendapat sambutan dihati pendengar. Tetapi itu tidak memutuskan semangat dan minat Amad Fadlin untuk terus bernyanyi. Amad Fadlin kini kembali dengan single keduanya yang bertajuk ‘SUDAH’. Lagu yang dibuat oleh Freddy dan Hang Nadim dan lirik sepenuhnya oleh Hang Nadim ini seumpama memberikan nafas baru kepada Amad Fadlin.

Menyentuh mengenai lagu SUDAH, proses rakaman agak memakan masa kerana pada saat lagu ini dipilih, banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh Amad dan pihak produksi. Masalah bukanlah dari mana-mana pihak  tetapi keadaan semasa ketika itu. Semua industri dihentikan operasi, maka Amad mengambil keputusan untuk tidak tergesa-gesa mengeluarkan lagu SUDAH. 

Amad Fadlin kembali dengan single keduanya yang berjudul SUDAH

Menurut Amad, “Lagu SUDAH ini cukup istimewa. Lagi-lagi ianya ditulis sendiri oleh Hang Nadim. Seorang composer dan penulis lirik yang sangat saya kagumi. Jadi, tidak kira lambat atau cepat, saya hanya mahu berikan yang terbaik, SUDAH.” Katanya.

SUDAH boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify. Dengarkan juga lagu Sudah nyanyian Amad Fadlin di semua saluran radio tempatan pilihan anda! 

Amad Fadlin – Sudah
4 thoughts on “Amad Fadlin bangkit dengan ‘Sudah’”

Leave a Reply

Your email address will not be published.