SHAH ALAM : Dalam kita bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri, nasib golongan seperti anak yatim dan gelandangan tidak seharusnya dilupakan.

Biarpun Ramadan sudah hampir tiba ke penghujungnya, namun ia bukanlah penghalang kepada Universal Music Malaysia, Beegood Music dan Masyhur untuk terus menyantuni anak-anak kurang bernasib baik ini menerusi acara #Kongsirezeki.

Acara #Kongsirezeki mula diadakan sejak tahun lalu di empat buah rumah anak yatim dan gelandangan.

Namun tahun ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19, hanya satu saja acara dapat dilakukan yang bertempat di Dataran Barat SACC Mall Shah Alam yang berlangsung pada 26 April lalu.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, biarpun tahun ini mereka hanya sempat mengadakan satu acara saja, tetapi ia diadakan secara besar-besaran.

“Tahun ini kami meraikan dan bermesra dengan kira-kira 30 tetamu istimewa daripada dua buah rumah yang terdiri daripada pelajar tahfiz daripada sebuah maahad tahfiz serta anak-anak dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Jalan Gurney.

“Kita memang merancang untuk mengadakan acara ini dengan meriah pada tahun ini, tetapi disebabkan pandemik dan bimbang sekiranya berlakunya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sekali lagi, begitu juga ketidak pastian mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya, maka tahun ini kami memilih mengadakan satu acara saja.

“Walau bagaimanapun, ia tetap diadakan secara meriah. Insya Allah, kami merancang menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan. Kami bermula dengan kecil tetapi harapan kami agar ia akan menjadi lebih meriah pada tahun akan datang,” kata Anne.

Antara artis yang memeriahkan dalam majlis tersebut

Acara #Kongsirezeki turut disokong oleh SACC MALL, Kompleks PKNS, Sumbangan.com, Infaq Rezeki, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan DJ Protective Consultancy Sdn Bhd. 

Pada acara berkenaan, Beegood Music, DJ Protective Consultancy, SACC MALL, Universal Music Malaysia dan PPIM turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.

Bagi memberkati majlis pada malam itu, Munif Hijjaz dipilih memimpin bacaan doa. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada artis popular tanah air bagi menghiburkan tetamu istimewa pada malam itu.

Antara artis daripada Universal Music Malaysia dan Beegood Music yang memeriahkan majlis pada malam itu ialah Rief Danial, Juki, Naufal Azrin, Nuha Bahrin, Siqma, Yonnyboii, Luca Sickta, ASYRAF NASIR dan Mestica.

Menyantuni anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik
Acara #Kongsirezeki turut disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Antara mereka yang hadir dalam majlis tersebut
One thought on “Artis meriahkan acara #Kongsirezeki bersama 30 anak-anak yatim”
  1. В Украину поступило 32000 вопросов от отцов русских военных. Отец с матерью справлялись, в каком месте пропал их сыночек. Когда же у матушек а также пап российских военных спросили, в следствии чего они всегда отнюдь не осведомляются у своих начальств, все они дали ответ, что вообще им врут. Интересно, разве российские люди полную свою жизнь будут терпеть, что в свою очередь им самим врут их головы и не сморгнув глазом будут смотреть, как отряжают на гибель их в совокупности детей преступные властители?

Leave a Reply

Your email address will not be published.