Penyanyi hiphop kelahiran Suria Records Sdn Bhd yang pertama, Ashtin, 31, kini mengeluarkan single pertamanya yang diberi judul ‘Macam Mainan’. Sedikit mengenai Ashtin, namanya bukanlah asing dikalangan peminat-peminat lagu ‘hiphop’ kerana Ashtin sudah aktif lama dengan menyanyikan lagu-lagu bergenre hiphop secara ‘underground’. Kerana minatnya yang dalam terhadap muzik, Ashtin mengambil keputusan untuk mengeluarkan ‘Macam Mainan’.

Ashtin mengakui merasa gementar untuk menyanyikan lagu ini walaupun ianya merupakan tulisannya sendiri bersama Yusuff Khan, Adam Armin dan dikompos juga oleh Adam Armin dan Yusuff Khan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah bila melalui proses rakaman dan proses yang lain tambahan pula ia merupakan buah tangan pertamanya. 

“Saya sangat bersyukur diberi peluang yang besar ini, lagi-lagi mendapat sokongan dari keluarga, rakan rakan, dan pasukan Suria Records Sdn Bhd,” akui Ashtin.

Ashtin turut mengakui beliau melakukan persediaan rapi bagi merekodkan lagu ‘Macam Mainan’ ini. 

Ashtin muncul dengan single pertamanya berjudul ‘Macam Mainan’

Lagu ‘Macam Mainan’ dipilih oleh Ashtin sendiri setelah mendapat persetujuan daripada Suria Records. Menurutnya, lirik lagu Macam Mainan ini ditulis melalui kisah pengalaman peribadinya. Menariknya, walaupun lirik lagu ini menggambarkan tentang kesedihan dan kekecewaan seseorang, Ashtin mengubah lagu ‘Macam Mainan’ ini untuk semua tidak kira keadaan seseorang itu.

Menurut Ashtin, penerimaan pendengar merupakan subjektif. Cuma yang ditekankan merupakan objektif dirinya sebagai seorang penyanyi. 

Macam Mainan merupakan yang pertama dari saya dan saya berharap supaya karya saya diterima ramai. Bukan itu sahaja, saya mengharapkan ruang dan peluang untuk saya untuk terus belajar dan mengeluarkan karya-karya lain untuk pendengar semua”, kata Ashtin. 

Lagu ‘Macam Mainan’ boleh dimuat turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX dan Spotify. Dengarkan juga lagu ‘Macam Mainan’ nyanyian Ashtin di semua saluran radio tempatan pilihan anda! 

Ashtin – Macam Mainan
12 thoughts on “Ashtin merasa gementar untuk menyanyikan lagu ciptaannya sendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published.