Astro mengumumkan pemeteraian kerjasama jangka masa panjang dengan SR One Sdn. Bhd. yang disaksikan oleh Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario dan Pengarah SR One Sdn.Bhd serta penulis novel tersohor, Siti Rosmizah Semail.

Kolaborasi ini menunjukkan keazaman Astro dalam mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penyiaran tersebut sebagai hab utama negara untuk pembikin-pembikin drama mahupunkandungan yang berprestij dengan mengunci empat buah novel hasil nukilan penulis prolifik tersebut.

Jangan Menangis CintaAndai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku bakal menemui peminat-peminat drama di Astro bermula bulan Mac ini sehingga 2023. Penjualan novel- novel tersebut telah mencecah lebih daripada setengah juta naskah dan merupakan antara novel-novelnya yang terlaris.

Garapan naratif Siti Rosmizah yang berpaksikan pergolakan emosi merupakan kekuatan novelis tersebut yang mampu menarik minat penonton-penonton untuk mengikuti drama- drama beliau. Watak-watak yang dihasilkannya adalah ikonik dan seringkali menjadi topik perbualan di laman jaringan sosial sehinggakan trending.

Adaptasi hasil-hasil nukilan Siti Rosmizah di platform Astro bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan peminat-peminat drama tempatan. Kejayaan drama-drama adaptasi beliau yang lalu menunjukkan pencapaian rating tinggi yang konsisten. Ini termasuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah menjadi Drama Top Rated untuk tahun 2018 dan Curi-Curi Cinta pula menjadi drama yang mencapai rating tertinggi untuk 2019. Manakala Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama yang memperoleh rating tertinggi untuk 2021.

Siti Rosmizah (kanan) dalam majlis Pengumuman kerjasama Astro dan SR One

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, melalui kenyataan rasminya berkata, “dengan sukacitanya, saya bagi pihak Astro ingin mengumumkan kolaborasi bersama penulis novel prolifik negara, Siti Rosmizah.

“Kerjasama ini akan menyaksikan empat buah novelnya dikunci untuk diadapatasi sebagai drama di Astro. Ini termasuk Jangan Menangis Cinta yang bakal bersiaran pada bulan Mac ini, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku.

“Sekali lagi Astro membuktikan kemampuan untuk berdaya saing dalam industri yang amat kompetitif dengan membawakandungan-kandungan berkualiti tinggi dan premium untuk tatapan penonton-penonton. Dengan kehadiran Siti Rosmizah yang konsisten dalam slot-slot drama di Astro, para penonton pastinya akan berpuas hati dengan seleksi kandungan kami.

“Selain daripada itu, novel-novel yang akan diadaptasi bukanlah calang-calang novel. Novel- novel daripada penulis tersohor ini merupakan antara yang terlaris dan top-selling di negara kita. Sudah pastinya bagi mereka yang sudah membaca novel-novel ini tidak sabar untuk melihat karya-karya tersebut diangkat ke kaca televisyen mahupun peranti mudah alih mereka.

“Bagi pihak Astro, kami berharap seleksi hasil karya Siti Rosmizah ini mampu menarik ramai lagi peminat-peminat drama ke platform kami. Kami menjanjikan kepuasan yang maksimum dengan kualiti produksi, arahan dan lakonan yang unggul. Kami turut berharap kerjasama bersama penulis prolifik ini berterusandan mengecapi kejayaan yang berpanjangan.”

Menurut kenyataan penulis novel dan penerbit drama, Siti Rosmizah, beliau berkata “Saya dan pihak Astro mempunyai visi dan misi yang sama untuk mencapai satu sasaran menerbitkan drama-drama yang berkualiti dan mendapat rating tertinggi. Itulah nadi kepada kolaborasi bersama Astro pada kali ini.

“Ternyata pengalaman yang baik menerusi drama-drama saya yang lalu membuatkan saya senang berkolaborasi dengan pihak Astro. Saya rasa diri saya amat dihargai apabila saya diberi ruang untuk berkarya dan sentiasa mendapat sokongan padu daripada wakil pihak Astro.

“Saya suka cara kerja Team Astro yang begitu komited dan dedikasi serta profesional.

“Dengan kerjasama ini, saya berharap drama-drama yang dipertontonkan mampu mendapat rating yang tertinggi danmenjadikan seleksi drama ini rancangan-rancangan nombor satu di Malaysia dan di mana-mana platform media sosial.

Setiap drama ada tarikan dan kekuatan masing- masing. Keunikan ploting dan garapan cerita yang lain bagi setiap drama. Yang pasti penonton akan suka dan teruja serta tak sabar untuk menonton kerana karya-karya ini memang dah lama dinantikan oleh penonton-penonton di luar sana untuk diadaptasi.

Penonton-penonton wajib tonton drama-drama adaptasi daripada karya-karya saya sebab inilah antara masterpiece yang terbaik yang disimpan untuk sekian lama.

Yang pasti penonton akan berpuas hati dan drama-drama ini akan menjadi fenomena seperti drama-drama saya yang lain iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu, Curi-Curi Cinta dan Rindu Awak Separuh Nyawa. Yang pastilagi hebat!”

49 thoughts on “Astro mengunci empat buah novel Siti Rosmizah”

Leave a Reply

Your email address will not be published.