May 21, 2024

KUALA LUMPUR – Susulan kejayaan konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell dan Konsert Barbarik Pentas Keras di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu menjadikan dua kumpulan rock terkenal Search dan Barbarik meneruskan misi mereka bagi memenuhi kehendak peminat dengan mengadakan sebuah konsert yang menggabungkan kedua-dua kumpulan tersebut di atas satu pentas berskala besar dengan konsert yang berjudul Double Trouble 2. 

Konsert Double Trouble 2 akan berlangsung pada 5 Ogos ini di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam menyaksikan kumpulan Search dan Barbarik bakal ‘bertarung’ untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat dan pengunjung yang hadir pada malam tersebut.

Menurut vokalis Barbarik, Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, beliau mengharapkan peminat dapat menerima apa yang mereka persembahkan dan jelas beliau lagi, konsert ini ada perbezaan kerana gabungan dua buah kumpulan di atas satu pentas yang sama.

“kita tahu ramai peminat yang akan hadir untuk menyaksikan persembahan kami dan kita berharap mereka dapat menerima apa yang kita buat semasa konsert itu nanti sebab konsert ini berbeza kerana ada dua buah band yang akan beraksi di atas pentas yang sama.

“Saya nanti akan bersama dengan vokalis Search, Denden dan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat dalam konsert seperti ini, sebabnya konsert seperti ini berbeza dengan konsert yang hanya melibatkan satu band sahaja. Kami juga tak nak peminat merasa hampa disebabkan apa yang mereka hendak tetapi kami tak mampu nak buat.

“Kita harap apa yang ada dalam fikiran mereka (peminat) kita akan laksanakan masa konsert itu nanti. Dalam perancangan kami ada beberapa segmen yang kami harap perkara itu memenuhi kehendak peminat dan kami pun tak akan buat yang terlalu berlebihan atau over do it kerana perkara itu boleh mencacatkan persembahan.” Ujarnya.

Bagi pemain gitar Search, Hamzah bin Mohd Taib atau lebih dikenali dengan nama Kid, konsert berdurasi 3 jam ini akan mempersembahkan sebanyak 20 buah lagu selain beberapa buah lagu secara madley dan berduet.

“Setiap band mungkin akan bawa 10 buah lagu dan berbelas lagu-lagu lain secara duet dan madley. Kita juga fokuskan lagu-lagu di dalam album Double Trouble 2 kerana penglibatan Muss dalam album tersebut,” katanya.

Selain Kid, Search dibarisi Noordin (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi), Minn (dram) dan Firdaus (keyboard) pastinya amat dinantikan oleh peminat-peminat rock yang akan hadir ke stadium kelak.

Sementara itu, Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe Branko merupakan pemain gitar utama kumpulan Barbarik, menjelaskan bahawa mereka telah bersedia seratus peratus untuk ‘menawan’ Stadium Malawati serta memberi kepuasan maksimum kepada semua peminat Search dan Barbarik.

“Kita dah ready hundred percent, cuma ada beberapa yang perlu di touch up bersama Search agar lagi tight sebabnya kita ada segmen Search bersama Barbarik,” katanya ketika ditemui media di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.

Selain Joe Branko selaku pemain gitar utama, Barbarik dibarisi oleh Muss (penyanyi), Ainol (dram), Rozaimie (bass) dan Adi (keyboard).

Sempena gegaran konsert Double Trouble 2 Search dan Barbarik, Rock The City juga telah menganjurkan Festival Thrift & Rock The City yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Melawati Shah Alam bermula Jumaat 4 Ogos sehingga Sabtu 5 Ogos 2023 dari jam 10 pagi hingga 11.59 malam.

Gegaran festival rock mengisi slot selama dua hari dengan muzik, hiburan, pesta makanan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai acara menarik seperti Wayang Pacak, Adipati bertiga – himpunan Motosikal cafe racerplayground kanak-kanak, goreng gitar solo, bengkel melukis jaket, perlawanan Playstation, dan 60 gerai yang menampilkan penjual makanan dan minuman, pakaianpreloved serta beramah mesra bersama artis-artis dari konsert double trouble 2. 

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari laman Instagram @official_thifted atau hubungi talian hotline 0173605001. 

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert Double Trouble 2 berharga RM129, RM139, RM159, RM169, RM179, RM199 dan RM359 (VIP) yang boleh dibeli di www.ilassotickets.com atau WhatsApp di talian 011-13297822.

Untuk rekod, konsert Double Trouble 2 diambil sempena album Double Trouble 2 yang menggabungkan kumpulan Wings yang mana vokalisnya adalah Muss dan Amy selaku vokalis Search. Album tersebut telah diliris pada tahun 1998. Sebelum itu, kemasukan semula Amy ke dalam Search telah meluncurkan album duet Double Trouble bersama Wings yang mengekalkan Awie sebagai vokalis utama pada tahun 1992.

Sembang konsert Double Trouble 2 bersama Search dan Barbarik