Bunga Hati sebuah drama yang mengisi slot Megadrama Astro Ria telah pun bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam. 

Drama lakonan mantap Intan Najuwa, Erwin Dawson dan Redza Rosli diadaptasi dari novel karya Liza Zahira diarah oleh pengarah terkenal Jamal Khan.

3 perkara yang membuat hati kita bercampur baur menonton drama Bunga Hati

Pertama: Hilangnya kasih ibu – Salimah memukul luqman tanpa belas kasihan kerana Luqman mengingatkan kisah lampaunya bersama bekas suami. Pasti ramai yang terkesan dengan emosi anak beranak ini dan tingkah laku Salimah terhadap Luqman yang sentiasa reda dengan sikap ibu terhadap dirinya. Adegan Luqman dipukul sentiasa menerbitkan rasa simpati penonton kepada karakter lakoan Nafiez Zaidi ini. Salimah (lakonan hebat primadona Fauziah Ahmad Daud) yang akhirnya cuba untuk menerima Luqman tetapi apakan daya Allah lebih menyayangi Luqman.

Kedua: Konflik cinta tiga segi – Amer yang terlalu mencintai Dilaila, Joshua yang menaruh harapan cinta Dilaila, Jessila pula yang mahukan cinta Amer. Konflik cinta mereka yang rumit membuatkan penonton tertanya-tanya siapa yang akan dapat memiliki cinta Dilaila. Memang hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa namun sifat ingin memiliki dan dimiliki membuatkan masing-masing terus mencuba menjuarai cinta yang ingin dimiliki. 

Ketiga: Dendam tiada penghujung – Salimah yang dulunya berpasangan dengan Razak akhirnya berpisah dan berkahwin dengan pasangan masing-masing. Noraini yang kemudian mendirikan rumahtangga bersama Razak masih tidak puas hati dan sering mengungkit kisah cinta antara Razak dan Salimah. Sehinggakan Noraini tidak mahu melihat Salimah hidup senang. Di sinilah wujudnya dendam yang tidak berpenghujung yang kemudian membangkitkan konflik demi konflik yang membuatkan penonton sakit hati dan geram dengan tingkah Noraini yang tidak pernah berdamai dengan dendamnya.

Antara babak dalam drama Bunga Hati

Sinopsis

Dilaila merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan optimistik walau pun masa kanak-kanaknya tidak seindah orang lain. Dilaila dilahirkan tanpa pengetahuan bapanya, Sulaiman yang sudah menceraikan ibunya, Salinah ketika dia di dalam kandungan. Dilaila diserahkan oleh Nek Tijah kepada Salimah untuk dijaga dan menjadi galang-ganti kepada Luqman, anak kandung Salimah yang cacat. Salimah terlalu bencikan Luqman hingga sanggup menderanya kerana dendam kepada bekas suaminya Talib. Dilaila tidak gentar untuk mempertahankan Luqman setelah Nek Tijah meninggal dunia dan menjaga Luqman penuh kasih sayang. 

Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputik, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah. Bagaimanapun Razak sukakan Dilaila dan mahu Dilaila menjadi menantunya. Kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam diam menyukai Amer dan sanggup buat apa saja untuk memiliki Amer. Noraini berkomplot dengan ibu Jessila untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer. Dengan bantuan Razak, Dilaila hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan di situ dia bertemu Doktor Joshua yang telah jatuh cinta padanya. Malang bagi Dilaila apabila Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya dibunuh secara tak sengaja oleh Gaban.

Noraini cuba membunuh Salimah dan Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Salimah dan Dilaila keluar dari kampung demi keselamatan mereka. Noraini ambil peluang paksa Amer kahwin dengan Jessila. Selepas tiga tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung dan membina hidup baru. Mereka dapat membina rumah baru  dengan bantuan Razak. Sulaiman secara rahsia telah menampung segala kos pembinaan. 

Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang merupakan usahawan jutawan. Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila. Ternyata sikap Amer penuh tipu daya dan berpura-pura hilang akal dan telah didedahkan oleh Farizan, kawan baik Amer yang ada muslihat mahukan Dilaila. Noraini dan Razak merayu agar Dilaila menerima Amer kembali demi memulihkannya. Antara kasih dan kasihan, Dilaila terpaksa membuat pilihan sama ada Joshua atau Amer sebagai teman hidupnya.

73 thoughts on “‘Bunga Hati’ drama yang membuat hati penonton bercampur baur”
  1. Good day! Do you use Twitter? I’d like to follow you if that would be okay. I’m definitely enjoying your blog and look forward to new updates.|

  2. Hello, Neat post. There’s a problem with your site in internet explorer, could test this?
    IE nonetheless is the market chief and a large part of folks will miss your fantastic writing because
    of this problem.

Comments are closed.