KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2021 – Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini , kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”.

Lagu asal “Kita Punya Malaysia” pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 dan 2019.

Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil Langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai. 

Lagu “Kita Punya Malaysia versi Akustik” telah pun dilancarkan semalam di seluruh platform rasmi Bunkface.

Lirik lagu ini yang juga ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.  

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang.” Ujar Bunkface dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bunkface – Kita Punya Malaysia (Acoustic)
61 thoughts on “Bunkface lancar single terbaru “Kita Punya Malaysia versi Akustik””

Leave a Reply

Your email address will not be published.