May 18, 2024

KUALA LUMPUR : Lagu terbaharu penyanyi dan pencipta lagu pemenang pelbagai anugerah asal Britain, Calum Scott yang berjudul “Heaven” telah diberi sentuhan yang lebih segar dengan pembabitan beberapa bintang Asia Tenggara. Bintang-bintang pop tersohor rantau ini dari Filipina (Darren Espanto), Malaysia (Diana Danielle), Vietnam (Hoàng Duyên) dan Indonesia (Lyodra), telah merakam semula balada syahdu Calum dengan cara mereka tersendiri, namun masih mengekalkan intipati lagu tersebut. Dijadualkan untuk pelancaran pada 9 Jun 2022, empat lagu hasil kerjasama ini mengungkap perasaan jatuh cinta dengan gambaran syurgawi yang melangkaui segala perbatasan emosi. 

Menampilkan beberapa bintang tersohor serantau seperti Darren Espanto, salah satu bintang pop terhebat Filipina sejak sedekad lalu, Lyodra, pemenang Indonesian Idol 2020 yang terkenal dengan suara hebatnya, Diana Danielle, pelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut di media sosial serta Hoàng Duyên, salah seorang artis Vietnam yang semakin meningkat naik.

Menurut Calum Scott, beliau sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan artis-artis hebat dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

“Saya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis-artis hebat ini dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat di hati saya, jadi peluang ini satu penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam kolaborasi Heaven kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya.” Katanya.

Bagi pelakon dan penyanyi popular Malaysia, Diana Danielle, beliau merasakan ini satu satu pengalaman yang sangat mengujakan apabila dapat berkolaborasi bersama Calum Scott.

“Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan.” Kata Diana yang bakal melancarkan karya baharunya tidak lama lagi.

Bintang pop tersohor dari Filipina berkata, “saya sangat teruja tentang Kerjasama ini. Saya dah mendengar muzik Calum sejak dia melancarkan “Dancing On My Own” selepas Britain’s Got Talent. Salah satu lagu yang saya suka nyanyikan adalah “You Are The Reason”. Kini, saya berpeluang berkolaborasi dengannya untuk lagunya sendiri dan berkongsi karya ini dengan artis Asia Tenggara serantau yang lain. Saya harapa dapat mempersembahkan lagu ini secara langsung bersamanya satu hari nanti.” Jelas Darren Espanto.

Menurut seorang artis Vietnam yang semakin meningkat naik, Hoàng Duyên berkata, “secara peribadi saya suka mendengar lagu yang menenangkan, seperti satu bentuk penenang jiwa. Seperti namanya, Heaven adalah lagu yang sarat dengan tenaga positif. Ia satu peluang keemas an buat artis muda seperti saya. Calum dan saya telah memberikan sepenuh hati kami untuk projek ini. Kamie tak sabar untuk berkongsi lagu ini dengan anda semua. Harap anda semua bakal menyukai duet kami ini.” Katanya.

Pemenang Indonesian Idol 2020, Lyodra, menyatakan keterujaannya apabila terlibat dalam projek ini.

“Saya sangat teruja untuk projek ini. Saya harap peminat semua akan menyukai lagu serta kolaborasi kami. Saya juga harapa Calum dan saya akan dapat bersemuka secara langsung dan membuat persembahan bersama. Saya ingin berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang untuk menyanyi bersama, ia satu penghormatan yang besar buat diri saya.” Kata Lyodra.

Calum Scott 

Balada penuh makna itu menampilkan bakat Calum dalam meluahkan emosi. 

“Sebagai pencipta lagu, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengucapkan kata-kata seperti ‘aku rindu pada mu’ atau ‘aku cinta pada mu’.” Kata Calum, yang menulis Heaven bersama Hayley Warner (seorang penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Australia yang juga pernah mencipta lagu Katy Perry dan Tori Kelly).

Konsep Heaven adalah percintaan agung antara dua insan yang tidak tergambar. Saya menyukai idea meletakkan ‘kuasa’ dalam perhubungan cinta. Ini diserikan lagi dengan lirik puitis dalam Bahasa Inggeris, “What good is life if we’re all just waiting to dance in the sky?” (yang bermaksud apa gunanya hidup jika kita hanya menanti untuk menari di langit), yang merupakan hasil satu penghargaan dalam menikmati kehidupan dengan menyerahkan segalanya pada cinta.” Jelas Calum.

Setiap versi lagu ini akan dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada hari Khamis ini, 9 Jun 2022 bermula jam 8 malam.