PETALING JAYA, 30 DISEMBER 2021 – Pelakon, Datuk Rosyam Nor tidak menyangka apabila beliau mendapat tajaan 19 unit pam air (waterjet) oleh seorang pemilik kedai menjual peralatan pembersihan, baru-baru ini.

Menurut Rosyam, pada mulanya beliau ingin membeli beberapa unit waterjet untuk membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir. Beliau tidak menyangka pemilik kedai tersebut mengenali beliau disebabkan beliau berlakon bersama bintang terkenal Hong kong, Louis koo dan pemilik kedai tersebut berbesar hati untuk menaja sebanyak 19 unit waterjet secara percuma.

“Saya tak sangka pemilik kedai yang menjual peralatan pembersihan itu mengenali saya. Jadi, dia menaja 19 waterjet secara percuma dan saya dapat gunakannya untuk membantu mangsa-mangsa banjir bagi membersihkan kediaman mereka yang terjejas,” katanya.

Rosyam ditemui ketika pra tonton filem G storm berkata, dia juga berharap apa yang dilakukannya dalam menjaga jenama dan namanya dapat dicontohi pelakon-pelakon generasi baharu.

“Saya menjaga dan berniaga ‘nama’ saya. Saya ingin mengajak adik-adik saya yang berada dalam industri supaya bersama-sama menjaga nama mereka untuk terus kekal dalam pasaran industri seni tanah air,” katanya.

Beliau juga berharap, kemunculannya dalam filem aksi Hong Kong, G Storm ini akan dikenali oleh peminat filem berbangsa Cina di negara ini.

Sebelum ini beliau dikenali oleh masyarakat India disebabkan beliau berlakon di dalam filem Kabali tetapi kali ini beliau mendapat banyak liputan bukan sahaja daripada media berbahasa Melayu, tetapi juga media Cina.

Filem G Storm turut dibintangi barisan pelakon hebat Hong Kong antaranya Louis Koo, Julian Cheung, Kevin Cheng dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula esok, 31 Disember 2021.

230 thoughts on “Disebabkan berlakon bersama Louis Koo, Rosyam Nor dapat ‘waterjet’ percuma”
  1. hello there and thank you for your info – I have definitely picked up anything new from right here. I did however expertise a few technical points using this website, as I experienced to reload the web site many times previous to I could get it to load properly. I had been wondering if your web host is OK? Not that I’m complaining, but slow loading instances times will sometimes affect your placement in google and can damage your high-quality score if ads and marketing with Adwords. Well I’m adding this RSS to my email and could look out for much more of your respective fascinating content. Make sure you update this again very soon.|

  2. I have examine several good stuff the following. Undoubtedly well worth book-marking regarding returning to. I surprise just how much work you place to generate this kind of outstanding useful web site.

Comments are closed.