KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2022 – Semestinya satu kepuasan hati apabila dapat memberi peluang menjana pendapatan untuk orang lain. Bagi pelakon, penyanyi dan usahawan yang tidak asing di dalam industri hiburan, Nur Fazura Sharifuddin, 38, kemajuan dalam bidang perniagaan bersama dengan para “Besties’ beliau adalah satu pengalaman yang mengujakan.

Kejayaan stokis dan ejen atau lebih mesra digelar ‘Besties’ itu diraikan dalam satu majlis makan malam gala, #MilikSemua – An Evening with Fazura & Besties’ bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

“Syukur ke hadrat Ilahi, Faz sememangnya sangat berbangga dengan kejayaan Besties yang sama-sama mendukung rangkaian produk yang diasaskan seperti hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan, Fazura Beauty, serta rangkaian fesyen dan akesesori, Fazbulous.”

“Besties ini mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan dan Alhamdulillah, lebih 4,000 orang ejen dan dropship berdaftar dibawah syarikat.”

“Ini memupuk lagi semangat saya untuk bergerak bersama lebih ramai lagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan serta yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan ketika pandemik COVID-19 ini.

“Majlis keraian ini adalah satu penghargaan untuk Besties saya semua sepanjang pembabitan saya dalam bidang keusahawan ini dan kerana itulah saya memilih slogan ‘Milik Semua’ kerana saya mahu ramai orang menikmati rangkaian produk saya dengan harga mampu milik yang sesuai untuk semua.” kata Fazura.

Fazura

Antara produk yang paling laris adalah Tudung Fazura yang pernah mencapai rekod jualan tertinggi untuk satu koleksi sebanyak 200,000 helai.

Perancangan untuk mencari stokis dan ejen baharu serta menlengkapkan mereka dengan latihan dan bimbingan dalam perniagaan akan menjadi salah satu misi utama syarikat untuk tahun 2022 ini.

Menurut Fazura lagi, beliau turut berhasrat untuk mengeluarkan lebih banyak produk gaya hidup dan muslimah pada masa akan datang.

Rangkaian produk-produk FAZBULOUS, TUDUNG FAZURA, FAZURA SKINCARE dan FAZURA BEAUTY in boleh didapati melalui stokis-stokis berdaftar Fazura Skincare di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam serta di lama sesawang rasmi di www.fazbulous.com dan di Shopee Mall Fazura Official Store.

257 thoughts on “Fazura bangga dengan kejayaan ‘Besties’”
  1. Hello my friend! I wish to say that this post is amazing, nice written and come with approximately all vital infos. I would like to peer extra posts like this .|

  2. You’re so interesting! I do not think I’ve truly read through something like that before. So good to find another person with some genuine thoughts on this subject matter. Really.. many thanks for starting this up. This website is one thing that is required on the web, someone with some originality!|

  3. Have you ever considered about including a little bit more than just your articles? I mean, what you say is fundamental and all. But imagine if you added some great images or videos to give your posts more, “pop”! Your content is excellent but with pics and video clips, this blog could certainly be one of the greatest in its niche. Terrific blog!|

Comments are closed.