SUNGAI PETANI : Sai Nanthini Movie World Sdn.Bhd telah melancarkan Kifa Cholan Cine Awards bagi edisi pertama pada tahun 2020 di Jade Garden, Sungai Petani dengan bantuan rasmi oleh FDAM dan Menteri Besar Kedah.

Untuk edisi kedua kali ini, mereka telah menamakan sebagai ‘Cholan Film Festival 2022’.

Majlis yang diraikan dengan penuh meriah ini telah berlangsung pada 12 November lalu di Jade Garden, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah. Sai Nanthini Movie World dan Persatuan Perfileman India Kedah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kongres India Malaysia, menyokong satu-satunya Festival Filem Cholan 2022 dengan hebat. 

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang

Majlis yang penuh berprestij ini menampilkan sebanyak 35 kategori Anugerah Filem Pendek, Video Muzik, Telemovie dan 30 Anugerah Khas telah disampaikan kepada para artis tanah air dalam majlis tersebut.

Lebih 500 artis, pencinta seni dan orang awam dari Malaysia, Singapura dan negara lain menyertai acara ini.

Pengerusi Lembaga Filem Malaysia (FINAS) telah berjanji untuk mengistiharkan festival filem ini sebagai Anugerah Perfileman yang diiktiraf secara rasmi.

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini membuat para penonton yang hadir untuk duduk menikmati majlis tersebut sehingga ke penghujung acara.

“Ini adalah satu-satunya anugerah skrin untuk artis industri filem di Malaysia! Terima kasih kepada krew-krew, rakan-rakan dan saudara mara yang telah bertungkus lumus dan menyiapkan kerja sepenuhnya bersama kumpulan Sai Nanthini Movie World (SNMW) untuk menjadikan Festival Filem Cholan ini sebagai sebuah kejayaan besar.” Kata Dr.Latcha Perrabu, selaku pengasas SNMW.

Di samping itu, para juri dan media juga memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang Festival Filem Cholan ini. 

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang