KUALA LUMPUR, 4 JUN 2021 – Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 memberi kesan kepada semua pihak termasuk juga golongan artis.

Tidak terkecuali, penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana mengakui turut mengalami pendapatan terjejas sebanyak 60 peratus sejak penularan Covid-19, awal tahun lalu.

Nana, 37, berkata, ia berikutan pendapatannya menerusi acara persembahan nyanyian untuk majlis-majlis sudah tidak dibenarkan lagi sebagai langkah untuk mengelakkan orang ramai tidak berkumpul.

“Lockdown ni semua orang terkesan, apa yang nana boleh buat untuk mendapatkan sumber pendapatan dengan membuat cover song, dan muat naik di saluran youtube, nana juga ada CD lagu berkonsep islamik, tudung dan semuanya nana jual atas talian platform shopee.” Katanya.

Selain itu, ujar penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan ini, dia juga harus berfikiran secara kreatif demi untuk meneruskan kelangsungan hidup antaranya membuat review produk di Instagram ataupun menjadi duta kempen.

Beliau juga bersyukur kerana masih menjadi duta kepada beberapa produk dan kesedaran beliau menyimpan wang sejak dahulu lagi sikit sebanyak dapat membantu melunaskan segala bayaran untuk komitmen bulanan seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana berasa amat bertuah apabila menjadi pilihan penerbit untuk mendendangkan lagu bagi OST ‘cukup derita itu’ untuk drama arahan Along Kamaludin. Ibu kepada seorang cahaya mata itu melihat kesempatan berkenaan sebagai satu peluang untuk memastikan dirinya terus kekal relevan di hati peminat.

“Bukan semua penyanyi mendapat peluang untuk menyanyikan lagu OST. Semestinya saya merasa sangat bertuah apabila lagu itu dimainkan setiap hari dari Isnin hingga Khamis dan bakal bersiaran di kaca televisyen selama 40 episod.”

“Saya melihat ia salah satu cara dan peluang untuk lagu itu diterima dan disukai pendengar kerana ia diputarkan hampir setiap hari,” kata Nana yang menjalani proses rakaman lagu itu sekitar dua jam saja.

Selain itu, Nana turut menyifatkan dirinya bertuah apabila impian untuk mendendangkan lagu ciptaan Tam Spider akhirnya tercapai setelah lebih dua dekad berada dalam industri muzik tanah air.

“Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk bekerjasama dengan Tam Spider. Salah satu daripada impian saya sudah pun tertunai apabila akhirnya dapat menyanyi lagu nukilan Tam.”

“Saya percaya sentuhannya cukup istimewa seperti mana lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati yang masih diminati sehingga kini.”

“Secara jujur saya akui Tam sememangnya seorang komposer yang teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu Cukup Derita Itu dengan emosi yang tepat,” katanya yang tampil pada sidang media secara virtual, semalam.

Menurut Nana lagi, dia tidak mengambil masa lama untuk merakamkan lagu ciptaan Tam Spider, manakala lirik oleh Siti Rosmizah itu yang menjadi runut bunyi drama menggunakan judul sama yang menghiasi kaca televisyen menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam itu sejak 6 Mei lalu.

Cukup Derita Itu dibarisi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P. Ramlee dan Balkisyh Semundur Khan.

Lagu CUKUP DERITA ITU sudah tersedia menerusi semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Sementara bagi liriknya pula, boleh ditonton menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Siti Nordiana – Cukup Derita Itu | OST ‘Cukup Derita Itu’ (Official Lyric Video)
Video penuh sidang media bersama Siti Nordiana
191 thoughts on “FIKIR SECARA KREATIF UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP – SITI NORDIANA”
  1. [url=https://medrxfast.com/#]non prescription erection pills[/url] legal to buy prescription drugs from canada

  2. [url=https://medrxfast.com/#]prescription drugs online[/url] prescription without a doctor’s prescription

  3. [url=https://stromectolbestprice.com/#]order ivermectin online[/url] agri mectin ivermectin

  4. [url=https://erectionpills.shop/#]treatment of ed[/url] medication for ed dysfunction

  5. [url=https://allpharm.store/#]Super ED Trial Pack[/url] prescription without a doctor’s prescription

  6. [url=https://canadiandrugs.best/#]online prescription for ed meds[/url] cvs prescription prices without insurance

  7. [url=https://allpharm.store/#]canadian pharmaceuticals[/url] online order medicine

  8. [url=https://erectionpills.shop/#]best ed pill[/url] pills erectile dysfunction

  9. [url=https://canadiandrugs.best/#]prescription without a doctor’s prescription[/url] online canadian pharmacy

  10. [url=https://pharmacyizi.com/#]natural remedies for ed problems[/url] ed remedies that really work

  11. [url=https://pharmacyizi.com/#]how to treat ed[/url] cat antibiotics without pet prescription

  12. [url=https://pharmacyizi.com/#]prescription drugs canada buy online[/url] medicines for ed

  13. [url=https://stromectoltrust.com/#]stromectol 12 mg tablets[/url] stromectol 12 mg tablets

  14. [url=https://clomidonline.icu/#]generic clomid for sale[/url] buy clomid australia

  15. [url=https://buylipitor.store/#]lipitor medicine price[/url] cost of lipitor 10 mg

  16. [url=https://zithromaxforsale.shop/#]where to get zithromax over the counter[/url] buy zithromax without prescription online

Comments are closed.