KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARI 2022 – Penyanyi tersohor Datuk Jamal Abdillah dan Zamani bakal bergandingan dalam menjayakan konsert “A Night To Remember” pada 26 Mac ini di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut Zamani, dia teruja untuk mengadakan konsert ini kerana sudah hampir dua tahun tidak mengadakan persembahan secara terbuka tetapi dia mengakui agak bimbang dengan angka jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

“Risau tu memang risaulah, tapi jika kerajaan tidak membenarkan konsert secara terbuka nak tak nak saya terpaksa akur jugalah.” Katanya.

Zamani juga giat menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang konsert Slam yang akan berlangsung pada 12 Februari ini di Plenary Hall, KLCC selain latihan konsert pada 26 Mac tersebut.

Dalam pada itu, Jamal berkata, dia amat menitikberatkan kesihatan memandangkan keadaan situasi yang tidak menentu.

“Perkara utama yang perlu saya perhatikan adalah kesihatan saya kerana saya juga bimbang sebelum menjelang konsert terdapat beberapa lagi jemputan persembahan yang perlu saya lunaskan.

“Apa yang penting jaga kesihatan, jaga suara agar tidak mengganggu persembahan pada malam konsert tersebut.” Katanya yang bakal dikurniakan anak ketiga bersama isterinya, Zai Izzati Khiruddin, yang akan bersalin pada 22 Februari ini.

Jamal juga mencadangkan untuk menyanyikan lagu-lagu sahabat seperjuangannya yang telah meninggal dunia sebagai penghargaan buat mereka.

Datuk Jamal Abdillah dan Zamani

Pada konsert malam tersebut, Jamal akan membawakan 8 buah lagu solo beliau dan 2 buah lagu yang dinyanyikan secara duet bersama Zamani.

Zamani pula akan menyanyikan 6 buah lagu dari album solo beliau dan 2 buah lagu secara duet bersama Datuk Jamal.

“A Night To Remember” berkonsepkan ‘Pop Night’  yang menggabungkan persembahan dan makan malam serta persembahan akan diiringi oleh Ritz Metalasia selaku pemain gitar, Fauzi Zain (bass), Ano NRG (dram), Sham Wings (gitar) dan Afiq (keyboard). Manakala Melissa, Oney dan Nuril selaku penyanyi latar.

Tiket untuk makan malam anjuran Imaginex ini boleh dibeli secara atas talian dengan melayari www.ilassotickets.com atau boleh menghubungi talian hotline 03-21706333. Jualan tiket telah pun bermula pada 8 Februari 2022.

Jamal dan zamani bersama penganjur serta barisan pemuzik yang akan mengiringi persembahan mereka nanti

Photo by: Subky Hj. Bebit

Leave a Reply

Your email address will not be published.