JOHOR BHARU : Juara Liga Super Malaysia Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC), hari ini mengumumkan kerjasama strategik baharu dengan Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA untuk penerbitan “Pioneers”, lagu tema rasmi kelab itu bagi tahun 2022 , dicipta dan dipersembahkan oleh ikon hip-hop global Snoop Dogg dan Joe Flizzow, salah seorang penyanyi rap paling popular dan terkenal di Malaysia, yang juga berkhidmat sebagai Presiden, Def Jam Recordings SEA. Juteru dengan kerjasama berkenaan telah membentuk sebahagian daripada strategi penjenamaan global JDTFC yang lebih luas dan dibangunkan dengan kerjasama UM SEA.

Universal Music Malaysia akan menjadi rakan kongsi pengedaran muzik eksklusif untuk single itu, yang akan tersedia di platform penstriman digital di seluruh dunia, mulai 22 Mac 2022. Nada inspirasi lagu ini akan membolehkan peminat menyalurkan dan menghargai intipati nilai-nilai mentaliti kemenangan JDTFC, inovasi, disiplin, dan kecemerlangan di peringkat tertinggi.

“Pioneers” dipersembahkan oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow serta diterbitkan oleh SonaOne dengan lirik yang diilhamkan oleh usaha gigih JDTFC dalam menetapkan piawaian bola sepak baharu di Malaysia dan kejayaan yang muncul di dalam dan di luar padang sejak 2013. Untuk bahagian vokal telah dirakamkan di Los Angeles dan Kuala Lumpur, manakala mixing dan mastering telah diselesaikan di Los Angeles.

Pemilik kelab bola sepak JDTFC, Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkata, “Universal Music Group ialah syarikat muzik terbesar di dunia dengan sejarah artis yang memenangi anugerah dan muzik hebat yang telah membentuk industri hiburan untuk hampir 100 tahun. Mempunyai legenda hip hop yang fenomenal seperti Snoop Dogg untuk mempersembahkan lagu tema rasmi JDT 2022 bersama artis Johor kami, Joe Flizzow sememangnya satu kerjasama yang menakjubkan. Kami berharap “Pioneers” akan menandakan permulaan lebih banyak kerjasama antara JDT dan Universal Music pada tahun-tahun akan datang.”

Dalam majlis tersebut,Tunku Ismail dan Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia menandatangani perjanjian pengedaran muzik tersebut di Stadium Sultan Ibrahim.

Kim Lim berkata, “Kolaborasi artis adalah salah satu kuasa kreatif terbesar yang memacu muzik dan jenama hari ini. Keindahan perkongsian unik dengan JDTFC ini ialah kami dapat menyediakan peluang paling besar untuk artis tempatan dan jenama tempatan yang sedang meningkat naik bersama bintang antarabangsa seperti Snoop Dogg. Saya percaya kerjasama ini boleh membuka dunia muzik, gaya dan peluang baharu antara Universal Music Malaysia dan JDTFC pada musim akan datang.”

Video muzik “Pioneers” yang ditayangkan pada acara tersebut telah tersedia di semua akaun Media Sosial Rasmi JDT dan saluran YouTube JDT TV mulai 17 Mac lalu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.johorsoutherntigers.my

PIONEERS by Snoop Dogg & Joe Flizzow
109 thoughts on “Gandingan Snoop Dogg dan Joe Flizzow dalam lagu tema pasukan bola JDT”
  1. [url=https://drwithoutdoctorprescription.com/#]buy prescription drugs without doctor[/url] prescription drugs online without doctor

  2. [url=https://sildenafilmg.shop/#]viagra from india[/url] buy generic 100mg viagra online

  3. [url=https://sildenafilmg.shop/#]viagra cost per pill[/url] how much is viagra

  4. [url=https://sildenafilmg.shop/#]sildenafil[/url] best place to buy viagra online

  5. [url=https://doxycyclineforsale.life/#]doxycycline online usa[/url] order doxycycline 100mg

  6. [url=https://doxycyclineforsale.life/#]doxycycline cheap australia[/url] doxycycline pharmacy singapore

  7. [url=https://buynolvadex.store/#]tamoxifen for gynecomastia reviews[/url] tamoxifen postmenopausal

Leave a Reply

Your email address will not be published.