KUALA LUMPUR : Bulan Ramadan yang mulia bakal menjelang dan ia amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi selepas selama 2 tahun kita menyambut ramadan di kala berhadapan dengan pendemik covid-19. Sebagai penghargaan dan terima kasih kepada rakan media, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa “Citarasa Zaman Berzaman” di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 24 Mac yang lalu.

Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional “mesti cuba” di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur!

Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk Sup Gear Box-Power, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan Satay. Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.

Pelbagai pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman.

Kambing panggang antara menu yang menjadi hidangan bufet Citarasa Zaman Berzaman
Kari Kepala Ikan antara menu yang menjadi hidangan bufet Citarasa Zaman Berzaman
Sup Gear Box-Power antara tarikan menu bufet Citarasa Zaman Berzaman

Persembahan secara langsung oleh kumpulan “Orkes Sri Johor” akan menghiburkan anda sekeluarga dengan alunan ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan.

Bufet ‘Citarasa Zaman Berzaman’ di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Bufet Citarasa Zaman Berzaman bemula dari 4 April hingga 1 Mei 2022, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang, RM60 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas, manakala harga biasa adalah RMI50 bersih seorang. Setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Mengenai Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5 bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia. Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden.

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Hotel yang berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesen WTC dan KTM Komuter di Stesen Putra.

Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman
Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi +603-4042 555 atau layari www.seripacifichotel.com

Sila tag kami di media sosial Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur untuk sebarang promosi yang berkenaan dengan Bufet Citarasa Zaman Berzaman:

Facebook : seripacificofficial

Instagram :seripacifichotelkI

Tik Tok :seripacificofficial

Youtube :Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Antara menu yang akan disajikan dalam bufet Citarasa Zaman Berzaman

Foto: subky Hj. Bebit

56 thoughts on “Hidangan bufet citarasa zaman berzaman”

Leave a Reply

Your email address will not be published.