KUALA LUMPUR, 30 DISEMBER 2021 – Pada hari Sabtu 25 Disember lalu, TV Alhijrah menerusi Program Hijrahkan Laguku, mengantikan program tersebut kepada Hijrahkan Laguku Solidariti bagi menyantuni mereka yang terkesan akibat pendemik banjir.

Minggu ke Enam Hijrahkan Laguku menampilkan episod khas Hijrahkan Laguku Solidariti untuk Malaysia yang telah dijayakan oleh Lah Ahmad Kumpulan Zayne, Daqmie, Zack Kool, Rahmad Mega, Ustaz Zarifi Daud, Suffian Amrin dan Ustaz Fazrul.

Pengurus penjenamaan dan kajian pengguna TV Alhijrah, Zulkarnain Mokhtar menjelaskan bahawa pihak stesyen mengambil langkah dengan merehatkan sebentar artis-artis yang bertanding bagi menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir yang terjadi baru-baru ini.

Episod ke tujuh program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada minggu ini, 1 Januari 2022 bakal memperlihatkan enam orang bintang akan berdakwah di pentas separuh akhir.

Menerusi program Hijrahkan Laguku Solidariti diharap mampu memberi semangat dan motivasi baharu kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir khususnya, dan dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia.

Selain itu, TV Alhijrah turut menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir serta dapat memberikan ibrah kepada penonton atas setiap kisah misi kemanusiaan artis-artis Hijrahkan Laguku, sekaligus dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Don dari tanah haram yang diaminkan oleh penonton TV Alhijrah.

Malah pada malam tersebut, TV Alhijrah turut menampilkan tetamu jemputan seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias selaku penceramah, Furqan Fawwaz (Qari), Ustaz Fazrul Ismail (Pentadabbur) manakala Faizal Ismail FBI selaku pengacara utama dan Ust Zarifi Daud selaku pengacara kedua.

Apa yang menariknya, konsep pada malam itu bukan sahaja berhibur tetapi dapat mengupas sedikit sebanyak  berkenaan musibah banjir yang melanda Malaysia. Malah barisan artis jemputan menyanyikan lagu serta diselitkan dengan bacaan kitab suci Al-Quran bersama tadabbur terjemahannya.

Manakala penceramah jemputan turut memberikan ibrah daripada setiap kisah yang diceritakan secara live melalui google meet.

60 thoughts on “Hijrahkan Laguku Solidariti santuni mangsa banjir”
  1. Your style is unique in comparison to other folks I’ve read stuff from. Many thanks for posting when you’ve got the opportunity, Guess I’ll just book mark this blog.|

  2. Heya are using WordPress for your site platform? I’m new to the blog world but I’m trying to get started and set up my own. Do you need any coding knowledge to make your own blog? Any help would be really appreciated!|

  3. Hi there, I think your web site could be having web browser compatibility problems. When I look at your web site in Safari, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping issues. I just wanted to give you a quick heads up! Other than that, excellent blog!|

  4. Great beat ! I wish to apprentice while you amend your web site, how could i subscribe for a blog website? The account aided me a acceptable deal. I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear idea|

Comments are closed.