KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2022 – Buku Malaysian Real Book adalah satu inisiatif yang sangat penting dalam pengumpulan dan dokumentasi khazanah muzik di Malaysia, termasuk muzik tradisi-rakyat, jazz dan popular kontemporari secara menyeluruh. Projek ini merupakan usaha komuniti untuk mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian muzik di Malaysia, di samping menyerlahkan karya-karya penggubah, pencipta lagu dan kumpulan muzik tempatan. Buku ini adalah satu antologi cetakan muzik yang senang dimainkan mahupun bermanfaat untuk golongan pemuzik profesional, pendidik, pelajar dan penggemar muzik.

Projek ini diterajui oleh Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPF) dengan sokongan, bantuan dan sumbangan daripada komuniti muzik di Malaysia. Jawatankuasa MJPF ini diasaskan pada tahun 2013 dengan harapan untuk memperluaskan pengaruh jazz tempatan serta menyemai semangat komuniti muzik yang seikhlasnya mewakili jati diri Malaysia.

Motivasi utama sebalik buku ini adalah untuk kewujudan satu pelantar untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia untuk berjuang bersama-sama. Sebagai sumber pendidikan yang komprehensif dan tepat yang amat diperlukan ia dapat merapatkan jurang pemisahan di antara pelajar muzik, pemuzik amatur, pendidik dan pemuzik profesional. Malaysian Real Book adalah kompilasi muzik tanahair yang pertama sekali diterbitkan oleh sesebuah negara di perantauan Asia!

Semalam, sidang media The Malaysian Real Book telah diadakan di KLPAC. Antara pengiat seni yang hadir terdiri dari Jennifer Thompson, editor Dr Adil Johan, Pengarah Projek Malaysian Real Book, Michael Veerapen, En. Noor Azmi bin Mat Said (Mycreative Ventures), pengarah Tay Cher Siang dan Rizal Ezuan Zulkifly Tony.

Antara pengiat seni yang hadir dalam sidang media The Malaysian Real Book

Tentang Malaysian Real Book

Real Book merupakan senaskhah kompilasi muzik yang ditulis dalam format Lead Sheet. Format ini diusulkan pada zaman 1940an oleh seorang pengarah stesen radio, George Goodwin, yang mencetak kad-kad kecil yang mengandungi lirik, melodi, simbol kord dan maklumat hak cipta mengenai sebuah lagu. Lama-kelamaan, kad-kad index yang kecil ini dikumpulkan sebagai buku yang dipanggil “Fake Books (Buku Palsu)”: kerana royalti tidak dibayar kepada pemilik hak cipta.

Pada zaman 1970an, sekumpulan pelajar muzik di Berklee College of Music, Boston, A.S., menerbitkan versi fake book mereka sendiri yang bertajuk “The Real Book (Buku Benar)” dengan bantuan pensyarah mereka, Steve Swallow, yang menyunting beberapa lead sheet bersama-sama dengan pelajar beliau. Buku-buku seperti ini telah membantu pelajar muzik jazz dalam pembelajaran dan persembahan repertoir lagu-lagu Amerika. Semenjak itu, format “real book” telah dirasmikan dan diterbit secara sah (di sisi undang- undang mengenai hak cipta) oleh syarikat seperti Hal Leonard dan Sher Music di Amerika Syarikat.

Terdapat banyak versi Real Book yang tidak mengandungi lirik lagu kerana kebanyakannya diguna oleh pemuzik jazz instrumental sahaja. Akan tetapi, kerana ini merupakan Real Book Malaysia yang pertama sekali, pasukan produksi merasakan bahawa sumbangan ayat-ayat penulis lirik bersatu suara dengan lagu-lagu yang dipersembahkan di sini. Walaupun kebanyakan lagu di sini mempunyai rentak, harmoni dan irama yang mudah dikenali pendengar global, isi kandungan lirik lagu-lagu ini jelas menandakan unsur-unsur Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan dengan Lead Sheet? “Lead Sheet” adalah sesuatu format penyampaian sebuah lagu dengan catatan notasi muzik, diiringi dengan simbol kord, dan kadang-kadang lirik juga.

22 thoughts on “Inisiatif Malaysian Real Book dalam mendokumentasi khazanah muzik”
  1. 923970 810864Youve created various good points there. I did specific search terms about the matter and found mainly individuals will believe your web site 739691

Leave a Reply

Your email address will not be published.