KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2021 – Selain memegang jawatan sebagai seorang anggota polis konstable (Polis Mata-Mata) di Jabatan Marine Brunei, Izzul Amin telah melayarkan sayap dalam bidang seni & hiburan ke Malaysia pula. Izzul Amin atau nama sebenar PG. MD. IZZUL AMIN berasal dari Bandar Seri Begawan, Brunei juga merupakan seorang penyanyi yang banyak menyanyikan lagu rock, slow rock, pop rock dan balada.

Izzul Amin mulai menceburi dalam nyanyian semenjak kecil. Izzul banyak mengikuti pertandingan nyanyian, majlis serta program yang majoritinya melalui Radio Televisyen Brunei. Setelah berkarya di Brunei, Izzul mahu mengembangkan layarnya ke Malaysia dengan berhubung Artis terkenal yang dahulunya juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) iaitu Amir Jahari.

Amir Jahari mempunyai syarikat publishingnya tersendiri ‘Sekalo Music Production’ dan bernaung di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.

“Abang Amir menyatakan single ini bagus, dan dia menyarankan supaya lagu dilayarkan ke Malaysia. Abang Amir juga telah mengesyorkan saya untuk menghantar single ‘Bangkit’ ini ke Syarikat Luncai Emas. Kemudian, saya telah menerima perkembangan yang positif dari pihak Luncai Emas dan mereka berminat dengan single ini,” kata Izzul Amin.

Izzul tampil dengan single ‘Bangkit’ dimana rakaman lagu dihasilkan di EE studio, Brunei. ‘Bangkit’ merupakan sebuah lagu ciptaan ezuone melalui kisah perjalanan dan perjuangan hidup Izzul sendiri, ianya mengisahkan tentang perjalanan seorang anak seni yang berkali-kali jatuh tetapi tetap gigih ingin mencapai impian dan kejayaan. Lagu ini juga memberi motivasi supaya jangan mengalah dalam apa yang kita perjuangkan, tetap berpegang padaNya kerana rezeki itu sudah diaturNya secantiknya.

Izzul Amin

Setelah rakaman lagu siap hampir setahun ianya telah dirasmikan di stesen radio di Brunei – Pelangi FM pada 5 Julai 2021. Genre lagu ini memang sedikit berlainan dari single nya yang pertama.

‘’Perkembangan terbaru Izzul setakat ini, Izzul telah mengikuti 3 pertandingan yang berlangsung di Brunei Darussalam, iaitu Anugerah Pelangi 8, Express E-hits 2 dan Best 914, dimana lagu bangkit telah tercalon untuk mengikuti pertandingan Express E-hits 2 dan ianya tercalon untuk top 10 lagu inspirasi pilihan di Anugerah Pelangi,” ujar Izzul Amin.

Izzul menyatakan juga, ‘’Izzul berasa sangat teruja kerana dapat bernaung di bawah Luncai Emas, berasa sangat bersyukur dan amat berterima kasih kepada seluruh team Luncai Emas kerana peluang begini sungguh susah nak diperolehi, terima kasih kerana memberi kepercayaan terhadap Izzul dan semoga akan ada rezeki lagi untuk Izzul mengeluarkan lagu yang akan diterbitkan oleh Luncai Emas lagi Aamiinn…’’.Katanya lagi.

“Kalau di Luncai Emas tidak lain tidak bukan, legenda Dato M.Nasir. Semua orang mengetahui dan meminati beliau serta karya-karya hebat yang beliau ciptakan, Izzul berharap suatu hari nanti dapat bekerjasama dengan beliau.” Tambah Izzul lagi .

Izzul berhasrat untuk mengeluarkan lagu duet bersama Isterinya, Nurul Hazimah Hamdan dan juga artis – artis lain di Brunei seperti Leehin Titanz dan Alilah. Kalau di Malaysia Izzul amat meminati penyanyi Akim Ahmad dan kumpulan Iklim .

Lagu ‘Bangkit’ merupakan single kedua nyanyian Izzul Amin yang mendapat tempat untuk dilayarkan ke pasaran Malaysia selain di Brunei. Luncai Emas telah mengambil peluang bertindak sebagai pengedar single ini melalui pasaran digital seperti laman strim, Youtube dan Itunes. Sebuah video lirik telah dihasilkan dan dimuatkan ke laman youtube Luncai Emas, manakala audio rasmi sudah pun tersedia di semua laman strim seperti Spotify, Apple Music, Joox bermula 12 November yang lalu.

IZZUL AMIN – BANGKIT (OFFICIAL LYRIC VIDEO)

103 thoughts on “Izzul Amin berhubung dengan Amir Jahari gara-gara ‘Bangkit’”
  1. By the heavens and one defeat. zero mungnin don’t know?The following heading to their eyes are on juseoo.Quite abruptly because he glares at the two juseoo was puzzled.Their story they must have in a position to be in the first place that a What are you talking about deut juseoo it did.But now all this due to snow as if he were to see it work.

    https://betgoca.com/first/

  2. [url=https://drwithoutdoctorprescription.site/#]anti fungal pills without prescription[/url] prescription drugs without doctor approval

  3. [url=https://sildenafilmg.shop/#]viagra shop[/url] online doctor prescription for viagra

  4. [url=https://sildenafilmg.com/#]viagra cost per pill[/url] п»їviagra pills

  5. [url=https://clomidforsale.life/#]how can i get clomid in canada[/url] how can i get clomid uk

  6. [url=https://buytadalafil.men/#]buy cheap tadalafil online[/url] cialis tadalafil

  7. [url=https://buynolvadex.store/#]buy nolvadex online[/url] what happens when you stop taking tamoxifen

Leave a Reply

Your email address will not be published.