KUALA LUMPUR, 26 DISEMBER 2021 – Mengakhiri tahun 2021, JOOX mendedahkan Ulasan Muzik 2021 di Malaysia dengan berkongsi data mengenai tabiat penstriman muzik rakyat Malaysia, menonton “JOOX ROOMS” dan siaran langsung, serta cita rasa muzik mereka. Tahun ini, JOOX membawa pengguna untuk lebih banyak berinteraksi sosial di atas talian. Sejauh manakah populariti “JOOX ROOMS”? Penyanyi atau lagu manakah yang paling popular? Ulasan Tahunan JOOX mengetengahkan muzik dan hiburan yang paling popular untuk rakyat Malaysia tahun ini.

Lihat lebih dekat tabiat penstriman muzik Malaysia, kerana fenomena baharu telah muncul dalam persada muzik di negara ini

Melalui tabiat penstriman muzik pengguna tempatan, JOOX mendapati bahawa waktu perdana mendengar muzik di JOOX telah dirakamkan pada jam 5 petang pada hari bekerja dan jam 11 pagi pada hujung minggu. Ini menunjukkan bahawa kehidupan rakyat Malaysia telah mula kembali normal seperti sedia kala apabila mereka boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati muzik dan hiburan selepas pulang dari bekerja ataupun pada hujung minggu. Bukan itu sahaja, populariti kumpulan K-Pop BTS dan BLACKPINK menjadi lebih ketara di tahun ini melalui masa penstriman yang terkumpul dari lagu-lagu mereka, yang telah mencapai lebih 19 juta kali.

Selain daripada 10 lagu paling banyak Distrim pada tahun 2021, tinjauan tahunan JOOX juga mendedahkan penyanyi yang paling banyak distrim tahun ini adalah Alan Walker menduduki tempat ketiga dalam kategori Artis Paling Banyak Distrim, sekaligus membuktikan popularitinya di Malaysia. Sementara itu, fenomena K-Pop terus mendominasi di Malaysia kerana kumpulan K-Pop BTS dan BLACKPINK mengungguli tempat pertama dan kedua.

Model interaktif muzik dan hiburan – fitur yang baharu dilancarkan “JOOX ROOMS” mendapat populariti di Malaysia

“JOOX ROOMS”, fitur baharu yang dilancarkan tahun ini membolehkan pengguna untuk bersembang berkumpulan secara langsung menerusi audio dan video, sambil bermain permainan dan berkongsi lagu kegemaran mereka daripada pustaka muzik besar JOOX. Di “JOOX ROOMS”, artis-artis juga boleh muncul secara mengejut dengan berinteraksi bersama pengguna sewaktu mereka membincangkan artis kesayangan mereka.

“JOOX ROOMS” semakin mendapat tempat di hati pengguna sejak ianya dilancarkan pada tahun ini. Ianya telah menarik lebih daripada 287,000 tontonan, dan pengguna Malaysia telah membuka “ROOMS” yang berjaya menarik lebih daripada 48,000 tontonan. Selain itu juga, “JOOX ROOMS” telah mengumpulkan lebih daripada 5,000 orang pada masa yang sama pada acara kemuncak pemberian hadiah Isa Isarb. Lebih daripada 14,000 pengguna menyertai “ROOMS” yang mempunyai tontonan tertinggi, dan ini telah membuktikan bahawa “JOOX ROOMS” telah menjadi pilihan platform baharu untuk pengguna mengadakan perhimpunan dalam talian. “JOOX ROOMS” akan terus berusaha dan membawa lebih banyak kejutan kepada pengguna Malaysia pada masa hadapan!

Aktiviti atas talian dan luar talian yang berterusan menyemarakkan fenomena K-Pop

Aktiviti atas talian dan luar talian JOOX yang berbeza untuk pengguna pada tahun ini telah membawa lebih banyak peluang kepada peminat untuk berinteraksi dengan idola mereka. Acara atas talian seperti single baharu hangat oleh Alan Walker, siaran langsung konsert atas talian Ed Sheeran untuk mempromosikan album baharunya berjudul “=” secara eksklusif kepada pengguna JOOX, memberikan pengalaman eksklusif untuk pencinta muzik pop antarabangsa.

BTS dan BLACKPINK dinobatkan sebagai ‘Artis Paling Banyak Distrim’

Seperti yang dinyatakan di atas, BTS dan BLACKPINK dinobatkan sebagai ‘Artis Paling Banyak Distrim’ pada tahun ini, sekaligus membuktikan populariti K-Pop yang konsisten di Malaysia. Pada tahun 2021, JOOX juga telah menyiarkan secara eksklusif pelbagai rancangan muzik popular, termasuklah “2021 Melon Muzik Awards (MMA)” dan “2021 Mnet Asian Music Awards (MAMA)”, dan juga program K-Pop yang dihasilkan oleh JOOX sendiri, “IDOL STATION” musim ke-2, yang membolehkan peminat K-Pop menyokong idola mereka dari rumah. JOOX juga sentiasa menghasilkan kandungan eksklusif di bawah projek “JOOX ORIGINALS” dan “JOOX First”, yang bertujuan untuk menyokong industri muzik tempatan serta menunjukkan komitmen JOOX kepada Malaysia.

10 Lagu Paling Banyak Distrim:

  • Top 1: At My Worst – Pink Sweat$
  • Top 2: Mimpi – Haqiem Rusli
  • Top 3: Adakah Ini Mimpi – Reedzwann
  • Top 4: Here’s Your Perfect – Jamie Miller
  • Top 5: Know Me Too Well – New Hope Club
  • Top 6: Reckless – Madison Beer
  • Top 7: On The Ground – Rose @ BLACKPINK
  • Top 8: Teman – Iman Troye
  • Top 9: Semalam – Aina Abdul
  • Top 10: You Broke Me First – Tate McRae

Top Lagu Lokal 2021:

  • Top 1: Mimpi – Haqiem Rusli
  • Top 2: Adakah Ini Mimpi – Reedzwann
  • Top 3: Teman – Iman Troye
  • Top 4: Semalam – Aina Abdul
  • Top 5: Purnama – Naim Daniel 

3 Artis Paling Banyak Distrim:

  • Top 1: BTS
  • Top 2: BLACKPINK
  • Top 3: Alan Walker

3 Artis Lokal Paling Banyak Distrim: 

  • Top 1: Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  • Top 2: Naim Daniel
  • Top 3: Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz

3 Artis Cina Paling Banyak Distrim: 

  • Top 1: Jay Chou
  • Top 2: G.E.M.
  • Top 3: JJ Lin
Artis tempatan Paling Banyak Distrim
158 thoughts on “JOOX dedah tabiat penstriman muzik rakyat Malaysia”

Comments are closed.