Pencinta muzik di Malaysia sudah pasti akan bersorak dan menjerit kegirangan untuk meraikan kejayaan artis-artis tempatan dan antarabangsa kesayangan mereka yang membawa pulang pengiktirafan dari JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia menerusi “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021”. 

Majlis sidang media pengumuman pemenang yang diadakan hari ini turut diserikan dengan kehadiran pemenang-pememenang anugerah tahun ini termasuklah Khai Bahar, Yonnyboii, Asyraf Nasir, UKAYS, XPDC dan Tajul, yang memukau penonton menerusi persembahan beliau secara langsung. 

Dominasi Dua Tahun Muzik Pop 

Sensasi muzik Malaysia, Khai Bahar membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang bintang terhebat di negara ini apabila berjaya menggenggam dua anugerah iaitu ‘Top 5 Hit: Lokal’ menerusi lagu Sengsara dari runut bunyi filem Dendam Penunggu dan ‘Top 5 Artis Lokal’ selama dua tahun berturut-turut! 

“Terima kasih kepada JOOX Malaysia sebab memberikan peluang ini kepada saya dan juga para peminat setia yang tanpa henti telah memberikan sokongan kepada saya sehingga saya dapat membawa pulang kedua-dua anugerah ini sekali lagi. Kedua-dua anugerah ini pernah saya menangi juga di tahun 2020. Oleh kerara itu saya betul-betul terharu atas jasa semua orang yang terlibat dalam kesuksesan saya ini.” Kata Khai Bahar yang di temui pada acara majlis sidang media yang diadakan pada 17 Februari lalu di The Platform, Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur.

Khai Bahar muncul sebagai sensasi pop Malaysia dan mengekalkan penguasaan selama beberapa tahun 

Permata Pop Lokal Akhir Tahun 2021 

Turut memenangi kategori ‘Top 5 Artis Lokal’ bersama Khai Bahar ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ukays, Haqiem Rusli dan XPDC, manakala kategori ‘Top 5 Hit: Lokal’ dimenangi oleh juara Carta Hit Tempatan JOOX selama 19 minggu berturut-turut iaitu Malam Semakin Dingin oleh Tajul dan Afieq Shazwan nyanyian semula lagu klasik 2001 oleh Kumpulan Spin yang dahulunya diterajui oleh arwah Achik, abang kepada TajulSelain lagu Sengsara nyanyian Khai Bahar, Tak Sangka (Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir), Berani (DOLLA) dan Nang (Iman Troye).

“Kami tidak sangka dapat membawa pulang anugerah berprestij ini kerana calon-calon untuk anugerah ini sendiri adalah artis-artis yang berbakat dan juga lagu-lagu yang terbaik. Oleh kerana itu saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada semua peminat yang telah mengundi kami,” kata Asyraf Nasir.

Manakala Yonnyboii juga mengatakan, “Kami sangat berbangga dan tidak sangka dapat memenangi anugerah JOOX ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang telah mengundi kami dan semoga sokongan padu dari semua peminat di sana akan berterusan sebagai pemangkin untuk kami lebih bersemangat untuk berkarya lagi.” 

Yonnyboii dan ASYRAF NASIR

Pilihan Terhangat Antarabangsa

Peminat Malaysia juga turut memilih sendiri lagu kegemaran mereka daripada artis terkemuka dunia termasuk dua bintang K-Pop terhangat hari ini, sekaligus membuktikan populariti genre tersebut di seluruh dunia. Permission to Dance (BTS), Money (Lisa), Stay (The Kid LAROI dan Justin Bieber), Easy on Me (Adele) dan My Universe (Coldplay). BTS memperoleh tempat sebagai single global terbesar tahun ini dalam ‘Top 5 Hit: Antarabangsa’.

Siapakah artis yang paling bersinar di pentas antarabangsa tahun ini? Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, Ariana Grande dan Bruno Mars adalah pilihan peminat muzik Malaysia apabila mereka memenangi kategori ‘Top 5 Artis: Antarabangsa’.

Kehangatan K-Pop Terus Membara 

Jika anda berfikir K-Pop hanyalah satu trend yang bakal pudar, anda silap besar! Kehangatan K-Pop terus membara apabila ia meluaskan pengaruhnya ke pentas dunia. LALISA (Lisa), ONLY (Lee Hi), Déjà Vu (ATEEZ), Dumb Dumb (Jeon Somi) dan LOCO (ITZY) berjaya menungguli kategori ‘Top 5 Hit: K-Pop’. Kemeriahan K-Pop terus terasa apabila ikon pop antarabangsa, BTS dinobatkan sebagai ‘Top Fans Pick’ oleh peminat muzik tempatan tahun ini.

Lagu karaoke popular di tahun 2021

Peminat muzik Malaysia juga tidak pernah berhenti menyanyikan lagu-lagu hit karaoke terhebat tahun ini, dan mereka telah memilih lagu Lewis Capaldi (Someone You Loved) dan Here’s Your Perfect karya Jamie Miller sebagai ‘Top 3 Karaoke: Hit Popular’ serta lagu Malam Semakin Dingin dendangan Tajul dan Afieq Shazwan, memenangi anugerah keduanya dalam majlis anugerah tahun ini.

Tajul yang turut membawa pulang dua anugerah berkata, “Perasaan saya adalah sangat gembira dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah mengundi Tajul. Terima kasih juga kepada JOOX Malaysia yang telah membawakan anugerah berprestij ini untuk memberikan penghargaan kepada penggiat muzik tanah air. Sedikit sebanyak saya teringat kepada arwah abang saya kerana lagu ini lagu abang. Terima kasih banyak kerana masih meminati arwah abang dan juga meminati Tajul.” Katanya.

“Tajul tidak menyangka bahawa lagu Malam Semakin Dingin menduduki Carta  Hit Tempatan JOOX selama 19 minggu berturut. Tajul harap dapat mengekalkan kejayaan ini tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh merasa akan selalu berada di atas” tambah Tajul yang turut menyerikan majlis ini dengan mendendangkan lagu Malam Semakin Dingin.

Tajul tidak menyangka bahawa lagu Malam Semakin Dingin menduduki Carta Hit Tempatan JOOX selama 19 minggu berturut

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, berkata, “Kecintaan peminat muzik di Malaysia terhadap muzik semakin menebal setiap tahun, dan JOOX amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian besar dalam sokongan mereka terhadap artis tempatan dan antarabangsa serta lagu hit kegemaran mereka. Kejayaan berterusan “JOOX Top Music Awards Malaysia” mengukuhkan kepentingan muzik pop dan hiburan dalam kehidupan rakyat Malaysia, sekaligus memberi mereka lebih banyak sebab untuk tersenyum, menyanyi, mengikut rentak dan menari setiap hari, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.”

Kehangat akan lebih terasa setiap tahun! Terus mengikuti hit terhebat 2022 dan bintang paling menyinar di Malaysia hanya di JOOX yang kini mempunyai lebih 40 juta lagu daripada artis tempatan dan antarabangsa dalam muzik perpustakaannya. Jangan ketinggalan mengikuti aliran muzik terkini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui aplikasi mudah alih atau desktop JOOX serta boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website.

Ukays turut memenangi kategori ‘Top 5 Artis Lokal’ 
XPDC turut memenangi kategori ‘Top 5 Artis Lokal’ 
84 thoughts on “‘JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021’ menyenaraikan pemenang terbesar dan hit terhebat tahun ini”
  1. Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it.
    Look advanced to more added agreeable from you! By the way, how could we
    communicate?

  2. But have been arrived primitive inside advancing the flash period
    truck along with excitement from the exercise routine need to
    exist exact. Start out flirting is average plus continue to be at home
    Fb later to see the more common line thus they were searching towards aside from
    hysterical. Is located barely intelligent routine will certainly constitute
    her a very effective.

Comments are closed.