KUALA LUMPUR, 7 JUN 2021 – Sebut sahaja lagu Kabut Serangkai Mawar, pastinya kelunakan vokal milik penyanyi, Zaiton Sameon, menerjah di fikiran.

Sebuah lagu klasik hasil ciptaan Dato’ M.nasir telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ʻremakeʼ yang dilantunkan oleh pemilik suara bernama Mafarikha. Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk kolaborasi ini.

“Antara perkara yang saya paling risau ialah untuk menyanyikan lagu ini secara live sampai habis. Selain daripada itu, saya mengambil tempoh yang lebih panjang untuk rakam lagu ini berbanding lagu yang pernah saya nyanyi sebelum ini bagi mendapatkan notes & phrase yang terbaik.” Jelas Mafarikha tentang cabaran yang dihadapi untuk menyanyikan semula lagu ini.

Mafarikha menyanyikan semula lagu Kabut Serangkai Mawar dengan versi baru

Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi penerbit kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021 ini. Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Dato’ M Nasir, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ʻmasterpieceʼ.

Bagi menjiwai lagu ini, Mafarikha berkata, “Penjiwaan datang daripada pengalaman hidup yang saya jarang berkongsi. Bila kita gembira kita akan enjoy the song, tapi bila kita sedih kita akan fahamkan lirik. Saya fahamkan lirik dan buat sedikit research tentang lagu ini, kebetulan lebih kurang dengan situasi yang saya pernah lalui.” Katanya yang mana ini adalah kolaborasi pertama beliau bersama Luncai Emas.

Penggubahan semula lagu Kabut Serangkai Mawar adalah usaha dan kerjasama pelbagai pihak dan bakat, di mana hasilnya merupakan satu penyampaian yang indah. Mafarikha telah berjaya menyalurkan suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan ʻcharacterʼ tersendiri.

Bagi Dato’ M.Nasir sendiri, beliau melihat Mafarikha telah membawa lagu itu ke tahap yang tersendiri dan mempunyai suara yang sedap dan unik.

“Saya teringat waktu bekerja dengan Zaiton Sameon tak lama sebelum dia ditimpa kemalangan ketika lagu ini ditulis.” Kata Dato’ M.Nasir. Beliau juga akan membuatkan lagu-lagu baru yang sesuai untuk Mafarikha.

Dato’ M.Nasir masih ingat lagi ketika beliau menulis lagu Kabut Serangkai Mawar untuk Zaiton Sameon

Mafarikha yang meminati filem ‘Zaiton Ceritaku’ mengatakan beliau belum pernah berjumpa dengan Zaiton Sameon, namun disebabkan ibunya meminati lagu Menaruh Harapan, sejak itu beliau tahu tentang Zaiton Sameon. “She’s definitely a legend.” Katanya.

“Kalau nak ikutkan, ini antara lagu paling susah saya pernah nyanyi kerana bila tempo sudah diturunkan, kita kena sustain note tu lebih lama. Mungkin part climax dan chorus yang terakhir kerana dia back to back high notes.” Ujarnya yang bakal menceburi dalam bidang perniagaan tidak lama lagi.

Mafarikha berharap agar lagu ini dapat mengingatkan generasi baru tentang kegemilangan karya-karya lama yang begitu puitis dan menyentuh perasaan sambil menerima susunan yang lebih moden. Beliau juga mengharapkan agar kedua-dua versi lama dan baru dapat diingati dan tidak usah untuk membandingkan beliau dengan penyanyi asal lagu tersebut.

 Mafarikha ada keunikan dan ʻcharacterʼ tersendiri
58 thoughts on “KABUT SERANGKAI MAWAR BERJAYA DIJADIKAN SEBUAH ‘MASTERPIECE’”
  1. Hello there, I discovered your blog by way of Google at the same time as looking for a comparable topic, your site got here up, it seems to be great. I’ve bookmarked it in my google bookmarks.

  2. Fascinating blog! Is your theme custom made or did you download it
    from somewhere? A theme like yours with a few simple tweeks would really make my blog
    shine. Please let me know where you got your design. Many thanks

Comments are closed.