July 19, 2024

KUALA LUMPUR : Kumpulan legenda Search yang masih bertahan selama empat dekad telah menggegarkan Istana Budaya, Kuala Lumpur selama dua jam pada 4 Disember yang lalu.

Pentas berprestij ini membuktikan Datuk Amy (penyanyi), Nasir (bass), Hillary (gitar), Man Kidal (gitar) dan dibantu Ujang Exists sebagai pemain dram masih bertaring dan sukar digugat kumpulan lain.

Kumpulan yang sudah menakluk persada rock sejak empat dekad lalu itu membuktikan legasi mereka utuh selaku legenda rock tanah air. Buktinya hampir semua tempat duduk di Istana Budaya penuh dengan peminat setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada jenama ‘Search’.

Aksi Amy ketika membawakan lagu-lagu Search

Membuka tirai persembahan dengan 3 seleksi lagu iaitu Gelora Cinta, Balada Pemuzik Jalanan dan Pelesit Kota yang sudah cukup menominasi fantasi khalayak. Tanpa banyak bicara lontaran lagu demi lagu di persembahkan tanpa henti. 4 buah lagu di sampaikan secara medley, Setelah Hujan, Meniti Titian Usang, Gadisku dan Kejora.

Keupayaan vokal Amy yang kini berusia 64 tahun terus menggila dengan 22 seleksi lagu termasuk Melayar Bahtera, Cakap Memang Murah, Isi dan Kulit, Nigina, Rozana, Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Laila Namamu Teratas diperdengarkan dalam tempoh lebih dua jam tanpa henti.

Selama empat dekad search masih bertahan dan diminati

Lebih istimewa menerusi konsert kali ini, Search mendendangkan lagu-lagu yang pernah mereka bawakan sewaktu beraksi di Red Rooster Club sebelum bergelar artis rakaman. Mr Crowley (Ozzy Osbourne, Stairway To Heaven (Led Zeppelin) / Profession Off dan Bark At The Moon (Ozzy Osbourne).

Lagu-lagu lain yang turut ditampilkan mereka ialah Gothik Malam Edan, Diari Habil Qabil dan lagu wajib disetiap konsert iaitu Pawana.

Amy menjemput anaknya Nabila Huda dan Shasha (Irisha Myra) untuk bersamanya di atas pentas

Atas permintaan peminat, Amy memilih menyanyikan lagu Tiada Lagi sebagai lagu bonus pada malam itu. Lagu tersebut dianggap istimewa dan meninggalkan kesan apabila dia menjemput anaknya Nabila Huda dan Shasha (Irisha Myra) untuk bersamanya di atas pentas.

Selain penguasaan pentas, konsert anjuran Menara Network Sdn Bhd ini turut menonjolkan gaya dan persembahan penuh karisma Search yang dikenali dengan ikon fesyen suatu ketika dulu.

Search ketika mengadakan konsert di Istana Budaya
Search ketika mengadakan konsert di Istana Budaya
Search ketika mengadakan konsert di Istana Budaya