April 19, 2024

PUCHONG : Penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim menyokong penuh hasrat rakan kongsinya untuk membantu golongan penggiat seni dan juga warga kerja belakang tabir industri hiburan untuk menjana pendapatan sampingan di bulan Ramadan melalui kerjasama Pink Bazar dan Jom Mall.

Menurut Khadijah atau lebih disenangi dengan panggilan ‘ibu’ penganjuran Pink Bazar ini telah berjaya diadakan di M Square Mall Puchong Perdana dan The Square Publika Kuala Lumpur.

“Saya berterima kasih kepada Amy Mazurah kerana membentangkan idea Pink Bazar ini untuk membantu artis-artis menjana pendapatan dengan menjual makanan, cookies, baju dan sebagainya, saya memang sokong seratus peratus!” Katanya.

Dalam perkembangan lain, Khadijah dalam perancangan untuk mengeluarkan album duet bersama Datuk Ramli Sarip tetapi disebabkan keadaan masih belum mengizinkan, mereka mengambil sedikit masa untuk mencari ruang yang sesuai bagi merialisasikan hasrat mereka ini.

Khadijah yang mempunyai kafe di dalam M Square Mall Puchong turut membuka bazar Ramadannya sendiri dengan menjual laksa Johor, mi rebus dan tauhu telur.

“Semua orang tahu menu yang saya jual di sini adalah menu yang pernah disajikan di restoran Khadijah’s Kitchen dahulu.” Katanya yang telah berjaya membuka sebuah lagi kafe di Kota Kinabalu yang menghidangkan makanan bercitarasakan masakan Melayu.

Khadijah Ibrahim turut membantu dalam penganjuran Pink Bazar

Sementara itu, bagi penganjur dan juga pengasas Pink Bazar, Amy Mazurah merasai kesedihan penggiat seni terutamanya mereka yang berada di belakang tabir untuk meneruskan kehidupan seharian akibat kekangan kewangan disebabkan kesan dari pendemik Covid-19 dan juga bencana banjir yang pernah melanda beberapa negeri dahulu.

“Ramai rakan-rakan saya dalam industri seni terjejas pendapatan selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19. Oleh yang demikian saya mendapat idea untuk membantu mereka untuk menjana pendapatan terutamanya di bulan Ramadan ini dengan mewujudkan Pink Bazar.” kata Amy.

Penganjuran acara bazar Ramadan dan Raya warga seni 2022 ini telah berjaya menyatukan kesemua persatuan seni seperti Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan, Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) serta Pertubuhan NGO Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS). Kesemua ahli persatuan mendapat potongan sebanyak 50% harga tapak bazar tersebut.

Fiesta Pink Bazar ini juga telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn, kelab motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris).

Melalui acara ini juga pelbagai reaksi positif yang diterima dalam penganjuran oleh pihak vendors yang telah memulakan perniagaan bermula 3 April yang lalu.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya sesi perkongsian para pengarah dari FDAM, para pelakon serta penyanyi berkenaan industri kreatif kepada komuniti.

“Saya berharap orang ramai datang ke sini dan membeli pelbagai jenis juadah puasa dan barangan raya di Pink Bazar bagi membantu golongan pengiat seni ini untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.” Ujar Amy.

Amy Mazurah selaku penganjur dan pengasas Pink Bazar

JomMall dipilih penganjur kerana matlamat yang seiring untuk membantu komuniti dan acara Pink Bazar ini merupakan acara julung yang diadakan.

Selain Khadijah Ibrahim, beberapa artis yang terlibat bagi menjana pendapatan sampingan di bulan Ramadan melalui kerjasama Pink Bazar dan Jom Mall antaranya Azza Elite, Azan Scan, Putra Amaris, Sam Shahezy, Elyana dan ramai lagi.

Terdahulu Khadijah Ibrahim turut menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu Doa Buat Kekasih serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa di fiesta Pink Bazar yang telah berlangsung di M Square Mall Puchong Perdana. Beliau juga sempat berduet dengan penyanyi yang sudah lama menyepi, Fairuz Hussien.

Khadijah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim
Turut mendendangkan lagu bersama penyanyi Fairuz Hussien
Pink Bazar yang diadakan di M Square Mall Puchong Perdana
Pink Bazar yang diadakan di The Square Publika, Kuala Lumpur

Foto: Unit Foto Kelkatu TV

182 thoughts on “Khadijah Ibrahim bantu penggiat seni melalui Pink Bazar

  1. Asking questions are truly pleasant thing if you are not understanding something entirely, however this paragraph offers pleasant understanding yet.|

Comments are closed.