KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2022  World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Def Jam Recordings Malaysia mengumumkan, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Naim Daniel telah bekerjasama dengan Joe Flizzow untuk mengeluarkan single baharu iaitu HABIS SINI, menandakan kerjasama rasmi pertama antara kedua-dua penghibur itu.

“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim Daniel.

Naim Daniel
Joe Flizzow

HABIS SINI mengisahkan tentang bagaimana dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib orang lain sedangkan dirinya sendiri masih penuh dengan cela.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, HABIS SINI boleh didapati dan dimuat turun di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain bermula hari ini. Manakala video muzik HABIS SINI telah dilancarkan jam 8.00 malam tadi di saluran Youtube World Peace Entertainment.

Naim Daniel – Habis Sini ft. Joe Flizzow (Official Music Video)

One thought on “Kolaborasi Naim Daniel Ft Joe Flizzow dalam single baharu ‘Habis Sini’”

Leave a Reply

Your email address will not be published.