KUALA LUMPUR – Hello Universe mengumumkan lokasi bagi konsert jelajah Muse Will of the People yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian ResortKuala Lumpur, pada 29 Julai 2023. 

Pra-Jualan tiket bermula pada Khamis, 2 Mac Jam 2 petang (waktu tempatan) dengan kemudahan bayaran ansuran eksklusif hanya di laman sesawang www.golive-asia.com .

Jualan tiket umum bermula pada Jumaat, 3 Mac jam 10 pagi (waktu tempatan) hanya di laman sesawang www.ticket2u.com.my.

Berikut adalah butiran harga tiket:

Zone A : RM 950

Zone B : RM 550

Zone C : RM 350

Zone D : RM 750 (kategori tempat duduk) *hanya dibuka pada Jumaat, 3 Mac 2023.