KUALA LUMPUR , 23 DISEMBER 2021 – The H Entertainments Sdn. Bhd. bakal melancarkan program amal makan malam “Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner” yang akan diadakan pada 19 Februari 2022 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.  


Program amal yang berkonsepkan Black Tie ini dilaksanakan dengan sasaran utama yang menghadiri merupakan kalangan syarikat korporat. Penampilan istimewa Misha Omar pada makan malam tersebut akan memeriahkan lagi suasana dan melunaskan kerinduan peminat-peminat mendengar suara bertenaganya. Malam tersebut diserikan juga dengan kemunculan artis undangan dari Akademi Fantasia iaitu Dafi dan Zarol Zarif untuk persembahan yang berdurasi dua jam untuk ketiga- tiga penyanyi tersebut. 

Tujuan utama program amal ini ialah untuk The H mengutip dana bagi membuat sumbangan kepada  beberapa Yayasan Kebajikan yang memerlukan dana bagi meneruskan program-program kebajikan antaranya untuk membolehkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, kebajikan anak-anak yatim, bantuan kemasyarakatan dan juga modal insan. Sumbangan dan dana akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi. 

Sumbangan dan dana juga turut diberikan kepada pihak Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk diagihkan kepada anak-anak seni yang memerlukan. Selain itu, ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, pihak The H Entertainment juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan daripada dana dan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“The H merupakan sebuah syarikat berpengalaman menjalankan acara-acara korporat, kerajaan sebelum pandemik covid 19 melanda dunia. Alhamdulillah selepas dua tahun keadaan pandemik Covid 19 beransur pulih dengan sokongan kerajaan, the H berhasrat untuk kembali aktif menganjurkan semula program-program korporat dan program seni bagi memulihkan kembali industri seni hiburan tanah air yang sangat teruk terjejas. Pada kali ini selepas dua tahun negara dilanda pandemik, The H berhasrat untuk kembali mengadakan pelbagai program-program amal, hiburan untuk merancakkan kembali industri seni, “ ujar Encik Arman Muhammad Mustafa selaku Pengarah Urusan Syarikat The H Entertainment. 

Objektif penganjuran program amal ini adalah untuk menarik syarikat-syarikat korporat untuk membantu pertubuhan, kebajikan mendapatkan dana bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan, membantu anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan.

Selain itu membantu industri seni tanah air, mencari dana untuk pihak penganjur iaitu The H bagi menganjurkan lebih banyak lagi program-program hiburan yang mana akan dapat menghidupkan kembali industri seni yang terkesan akibat covid selama dua tahun,apabila penganjuran program seni dijalan dengan lebih kerap Ia dapat membantu anak anak seni termasuk penyanyi, jurusolek artis dan pemuzik kembali mendapat peluang pekerjaan.

Sumbangan dana juga akan diberikan kepada pihak Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk dihulurkan kepada golongan anak seni yang memerlukan.

Objektif terakhir adalah Ingin menjadikan program ini sebagai sesi networking golongan korporat.

The H akan meneruskan lagi menganjurkan konsert berkonsepkan amal pada masa yang akan datang bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan disamping memberi sumbangan kepada golongan asnaf, b40 dan orang kelainan upaya (OKU) untuk sama-sama meringankan beban mereka.

Untuk mendapatkan tiket boleh menghubungi Encik Burhan di talian 011 5117 2144, atau whatsapp di 019 2500 388. Jualan meja dan kerusi untuk majlis makan amal ini juga terbuka kepada semua individu dan peminat Misha Omar, Dafi serta Zarul Zarif. Dengan itu juga, hotel bakal menyajikan hidangan-hidangan yang menarik. 

The H mengharapkan syarikat korporat dapat menyumbang dan mengambil bahagian dalam membantu industi seni tanah air, dengan membantu membeli meja di makan malam gala kelak.

65 thoughts on “Malam gala amal Bunga-Bunga Cinta Misha Omar”

Leave a Reply

Your email address will not be published.