KUALA LUMPUR, 6 NOVEMBER 2021 – TAPAUfest telah pun melabuhkan tirainya di mana festival tersebut berlangsung pada 30 Oktober yang lalu. TAPAUfest berjaya menghimpunkan pembikin karya indie dari tiga negara serantau – Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam festival yang menyatukan komuniti untuk bersama menyahut bahawa #lifeislive.

Walaupun terdapat masaalah teknikal di awal acara namun acara ini berjaya dilangsungkan dan ia memberi pengalaman yang berharga buat pasukan TAPAUfest terutamanya dalam membawa objektif mencipta pengalaman festival secara online dengan penerapan norma baharu, namun tetap menjunjung suasana sebenar festival.

Menurut Pengarah Festival TAPAUfest, Ahmad Faris berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada My Creative Ventures yang menjadi penyokong utama TAPAUfest melalui Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) di bawah PENJANA. Melalui geran ini, kita berjaya untuk menghasilkan sebuah pengalaman festival yang bukan sahaja menghubungkan komuniti indie, malah menyediakan lebih 100 peluang pekerjaan buat pengkarya indie dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.”    

Tambahnya lagi, “Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dan menonton TAPAUfest dan memohon maaf terhadap sebarang kekurangan. Kami berharap komuniti indie serumpun terus menyokong satu-sama lain!”

Penganjuran TAPAUfest secara tidak langsung mengukuhkan lagi jalinan serantau dengan menyatukan pengkarya dan penyokong dalam senario indie dari tiga negara terbabit sebagai satu komuniti di bawah platform www.TAPAU.asia.

Festival ini  turut mencipta kerjasama dan menyediakan peluang kerja kepada komuniti kreatif serta indie yang sebelum ini terpaksa berhempas pulas meneruskan survival ketika pandemik. Malah juga mempamerkan kemampuan dan keampuhan energi Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) dan Sharifah Amani sebagai hos mengendalikan siaran langsung ini dari venue yang berbeza.

Iedil Putra

TAPAUfest telah menyajikan tiga komponen utama iaitu PENTAS (persembahan muzik secara langsung), BENGKEL (peluang mempelajari perkara baharu secara langsung ketika bengkel sedang berlangsung) dan LAYAR (tayangan perdana produksi secara langsung).

Ketika sesi soal jawab bersama Ahmad Faris, beliau berkongsi infomasi dan bersyukur atas kejayaan festival TAPAUfest ini.

“Satu projek yang paling mencabar setakat ini, tapi Alhamdulillah ada pasukan yang kuat, artis yang berbakat dan paling penting sokongan dari komuniti indie Malaysia, Singapura dan Indonesia, kita berjaya hadapi segala dugaan. Festival ini betul-betul deliver experience #lifeislive yang tak sempurna tapi yang penting sampai.” Katanya.

Ahmad Faris memberitahu jumlah keseluruhan jualan tiket penonton TAPAUfest sebanyak 1,217 tiket terjual.

“Pembelajaran baharu yang saya dapat setelah melaksanakan TapauFest secara online ini pertamanya, kena sentiasa embrace hidup yang sentiasa berlangsung di luar kawalan kita. Kedua, Komuniti indie Malaysia, Singapore dan Indonesia teramatlah kuat dan berbakat besar. Buktinya ada di dalam setiap persembahan di TAPAUfest.” Ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative, Junady Nawawi berkata, “To indie creative of Singapore and Indonesia, we welcome you. Kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada peminat-peminat seluruh tanahair kerana tanpa putus, terus menyokong penggiat industri tempatan. Terima kasih dan amat berbesar hati mampu membantu pengiat-pengiat  industri muzik tempatan melalui PENJANA di bawah payungan Kementerian Penerangan Malaysia. I know it’s been tough, and it’s been a long journey and still have mountains to climb. But hey guys, the future is bright.” Katanya ketika berucap sebelum festival TAPAUfest bermula.

Berlangsung selama 14 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam (waktu tempatan), TAPAUfest membawa objektif mencipta pengalaman festival secara online dengan penerapan norma baharu dengan program serta persembahan artis Malaysia, Indonesia dan Singapura. 

Program dan persembahan artis Malaysia, Indonesia dan Singapura 

Bengkel – Sarapan Untuk Juara oleh Gogon (ID)

Persembahan dari No Good (Malaysia)

Persembahan dari Forests (Singapura)

Bengkel – Huruf Boon oleh Boon Baked (Sg)

Bengkel – Scream & Growl #101 oleh Bear (my)

Persembahan dari Fleur (Indonesia)

Persembahan dari Zee avi (Malaysia)

Persembahan dari Force Vomit (Singapura)

Persembahan dari Sore (Indonesia)

Layar – Ipoh City Slackers oleh Nik Syazwan dan Zim Ahmadi

Layar – Plague Of Happiness “MASA” Documentary (extended version)

Persembahan dari Gard Wuzgut (Malaysia)

Persembahan dari Subsonic Eye (Singapura)

Persembahan dari The Panturas (Indonesia)

Persembahan dari Plague Of happiness (my)

2 thoughts on “Manifestasi Semangat Juang Pengkarya Indie 3 Negara”
  1. 17427 5638Its a shame you dont have a donate button! Id without a doubt donate to this brilliant weblog! I suppose for now ill settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google account. I appear forward to fresh updates and will share this weblog with my Facebook group. Chat soon! 778748

Leave a Reply

Your email address will not be published.