KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2021 – Penyanyi wanita multi-bahasa yang sedang popular dengan lagu Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ dan ‘Remuk’, Masya Masyitah, 21, bakal membuat kemunculan di majlis anugerah pertama Golden Bullet Awards untuk PUBG Mobile Pro League MY/SG Musim Ke-4 (PMPL MY/SG S4) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama eGG Network pada 28 November 2021 ini.

Majlis penganugerahan pemain berkumpulan dan ahli perseorangan dalam lapangan e-sports PUBG Mobile seluruh Malaysia dan Singapura itu akan diserikan dengan persembahan istimewa oleh Masya.

Selain itu, Masya juga bakal menyampaikan dua anugerah khas pada majlis berprestiji itu bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team.

“Ini merupakan sebuah penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan e-sports di Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini”. Kata Masya.

Bahang PMPL MY/SG S4 yang masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4: Golden Bullet Awards yang pertama.

Masya Masyitah bakal membuat persembahan istimewa di majlis anugerah pertama Golden Bullet Awards 

Menurut Encik Oliver Ye, Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, “Walaupun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri e-sports tempatan. Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional e-sports Malaysia dan Singapura.

Menurut Pengerusi Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam, “MDEC mahu mewujudkan lebih peluang buat anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena e-sports. Dan dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak inisiatif bakal menyusul kelak.

Golden Bullet Awards akan disiarkan pada 28 November ini, jam 5.00 petang di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta bersiaran juga di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.

Dengan adanya Golden Bullet Awards, mewujudkan lebih peluang berkaitan dalam arena e-sports
94 thoughts on “Masya Masyitah bakal muncul di majlis anugerah pertama Golden Bullet Awards”

Leave a Reply

Your email address will not be published.