KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2021 – Sempena penyertaan NICO G dalam program realiti Gegar Vaganza 8, NICO G telah melancarkan barangan eksklusif NICO G dengan rakan kolaborasi Labu Labi Premium. Sebuah majlis pelancaran telah diadakan kelmarin bertempat di kedai Labu Labi Premium, Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran dimeriahkan dengan kehadiran ahli kelab peminat NICO G yang digelar NICO G Hommiez. Majlis yang diadakan serba ringkas itu membuka peluang kepada mereka yang hadir untuk menjadi orang terawal yang mendapatkan barangan eksklusif NICO G serta kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan autograf dari ketiga-tiga ahli kumpulan peneraju irama Hip Hop tanahair.

Menurut M.D. Nico selaku ketua kumpulan NICO G, perancangan untuk melancarkan barangan eksklusif ini dibuat dalam masa dua hari sahaja, biarpun mereka sibuk membuat persiapan untuk konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 8 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, 5 Disember 2021 pada jam 9 malam. Bakal menyanyikan lagu ‘Manis’, nyanyian asal penyanyi Zainal Abidin, peminat-peminat boleh terus memberi sokongan terhadap NICO G yang bersaing di dalam konsert Gegar Vaganza 8 dengan mengundi mereka bagi Anugerah Betul-betul Luar Biasa di pautan berikut: https://voting.astro.com.my/anugerahbetulbetulluarbiasa/

Selain menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada NICO G sepanjang penglibatan mereka di dalam Gegar Vaganza 8, Dino memberitahu bahawa pelancaran yang diadakan ini merupakan hadiah NICO G buat peminat-peminat yang sentiasa menantikan barangan eksklusif terbaharu dari NICO G.

Affa juga memberitahu bahawa setiap kali barangan eksklusif NICO G dihasilkan, setiap ahli NICO G pasti akan terlibat secara langsung dari segi rekaan, pemilihan kain sehinggalah bungkusan, bagi memastikan barangan yang dihasilkan berkualiti dan eksklusif. NICO G turut memberitahu berdasarkan pengalaman yang lalu, kesemua barangan keluaran mereka akan habis terjual dalam masa yang singkat kerana ramai yang mengumpul barangan ini untuk koleksi simpanan peribadi.

Peminat-peminat dan orang ramai yang ingin memiliki barangan eksklusif NICO G boleh membuat tempahan dengan mengunjungi kedai Labu Labi Premium atau mengikuti akaun Instagram mereka @labulabipremium.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai NICO G sepanjang berada dalam Gegar Vaganza 8 dan projek-projek terbaharu dari NICO G boleh melayari akaun media sosial mereka di Facebook, instagram, Twitter dan Tiktok @nicog.official.

3 thoughts on “NICO G lancar barangan eksklusif sempena Gegar Vaganza 8”
  1. “Is it fun to see your mother being so confused?” Kang Ok-ryeo quietly asked again. Naeng Chun-hwi thought he was good not to turn around. As expected, she misunderstood! Ko So-wol looked at Kang Ok-ryeo with a faint face. Kang Ok-ryeo no longer said anything and did not wait for an answer. He moved quietly and left for Simhyanggak, his residence over there. I left two men under the plum tree…

    https://betgoca.com/coin/

  2. And remember, left, saying, and then ran away and is not back in.” Please pray for mercy in the hands me!” No sooner had hit black as a can on the floor causing the smoke and the blare of (爆竹) fireworks.Hyewon, in which to respond to the sound of “Hey! a whiz!” the time when eumyangjang passes sweeping and pushed the black smoke.I feel wet, black.

    https://savewcal.net/merit/

Leave a Reply

Your email address will not be published.