April 20, 2024

KUALA LUMPUR – Jenama yang tidak perlu di ragui kehebatan muzik mahupun persembahan pentas, Wings terus kekal relevan dengan nuansa rocknya. Tampil bergaya dalam pelbagai suasana, muzik dan melodi yang disatukan sarat dengan maksud tersirat.

Tidak hairanlah mengapa ramai peminat yang berlatar belakangkan pelbagai etnik, sosio budaya, ekonomi mahupun usia begitu mengagumi jentera yang sentiasa mengibarkan panji-panji Wings.

Dato’ Awie (vokalis), Sham dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram) adalah nyawa kepada Wings hingga menjadikan mereka kekal relevan sehingga kini.

Terdahulu, Wings mencipta legasinya menerusi Showcase Wings One Night Only Live In Kuching di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos 2022. Ternyata apa yang dipersembahkan telah memaut rasa cinta berpanjangan peminat di sana.

Justeru itu Wings meneruskan ‘keintiman’ tersebut kembali menerusi siri “One Night Only Wings” yang akan berlangsung pada 17 Jun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru.  Konsert akan bermula pada jam 7.30 malam. Ini menjadikan kemunculan Wings dua tahun berturut-turut di negeri selatan tanahair itu setelah turut beraksi di JB pada tahun lalu.

Konsert “One Night Only Wings Live In Johor Bahru” adalah anjuran BMS Event, Awie Entertainment dan Erth Al-Mustafa Foundation. Persembahan ini turut di sokong oleh Pribumi Bakat, Persada Johor, Tourism Johor, Best FM dan Sayap-Sayap Wings.

Selain berhibur dan menghiburkan, wadah bertemakan “Bersama Kami Membantu Insan Lain” yang jelas mempunyai visi dan misi yang konkrit untuk membantu insan-insan lain.

Peminat boleh mendapatkan pelbagai kategori tiket menerusi https://www.ticket2u.com.my/event/30892?r=1ssw

Sebanyak 60 peratus tiket Kategori Opera Hidup (RM288) dan Sejati (RM688) telah terjual sejak penjualan tiket dilancarkan!