KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI 2022 – Asia Empire Records dengan kerjasama Rocket Fuel telah melancarkan single terbaharu dan video muzik (MV) rasmi kumpulan OTWO berjudul HITAM.

Kumpulan OTWO merupakan artis naungan Asia Empire Records di mana Rocket Fuel merupakan pengedar digital rasmi untuk single HITAM.

Lirik HITAM ditulis oleh anggota OTWO yang dikenali sebagai Alan (gitar), Anep (drum) dan Izan (vokal), manakala lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya oleh Alan OTWO. Struktur muzik dan penyusunan lagu juga telah dihasilkan sepenuhnya oleh mereka dan Rudy Nastia turut bekerjasama untuk bahagian string. Single HITAM telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Records manakala Anep dan Alan bertanggungjawab dalam proses adunan lagu tersebut.

Menurut Anep single HITAM mengisahkan tentang hati hitam manusia.

“HITAM mengisahkan tentang hati hitam manusia yang tak akan pernah kita dapat lihat isinya. Akan tetapi hanya dapat merasainya. Perjalanan kehidupan seseorang yang menanggung kesan perbuatan insan dipercayai berhati hitam tanpa disedari atau rasa bersalah oleh dirinya serta orang sekeliling.” Katanya.

Video muzik (MV) HITAM buat pertama kalinya dipertontonkan kepada umum secara eksklusif di saluran Youtube Asia Empire Tv pada Januari 2022. Setakat ini jumlah tontonan MV tersebut hampir 100 ribu tontonan dan ianya sesuatu yang amat membanggakan.

OTWO

Penggambaran MV ini telah dijalankan di sekitar Alor Setar, dibawah arahan Mr Pitto.

OTWO berharap semoga akan terus diberi ruang berkarya serta sokongan untuk mereka bersama membantu memeriah serta mewarnai industri muzik tanahair.

Tanpa disedari, perjalanan mereka sejak tahun 1997 sehingga sekarang menjadikan mereka lebih matang dan berpengalaman dalam industri muzik. Mereka masih lagi menerbitkan lagu, single dan album dengan menjadikan mereka sendiri sebagai penerbit serta banyak menghasilkan kerja-kerja di belakang tabir dan bertindak sebagai syarikat rakaman dan studio rakaman mereka sendiri.

Single HITAM telah dilancarkan secara eksklusif di saluran-saluran digital seperti Youtube, Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan KKBox bermula JANUARI 2022 berserta video lirik rasmi.

OTWO – HITAM (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Leave a Reply

Your email address will not be published.