KUALA LUMPUR – Pameran The World of Tim Burton akan dibuka dalam masa sebulan, dan para peminat pembikin filem dan seniman ikonik mempunyai sebab yang sangat teristimewa untuk lebih teruja dengan pameran ini. Dianjurkan oleh Toybox Projects Sdn Bhd bersama-sama rakan kongsi Eurasian Entertainment Consultants Ltd dan KOL Nation Sdn Bhd, dan disokong oleh rakan kongsi tempat, Pavilion Bukit Jalil, The World of Tim Burton memfokuskan kepada watak dan dunia tersendiri yang hanya boleh datang dari imaginasi tunggal Tim Burton. Tim Burton akan menghadiri pembukaan pameran beliau dengan kunjungan kali pertamanya ke Malaysia.

Di samping dengan keterujaan kehadiran Tim Burton, peminat boleh membawa pengalaman mereka ke peringkat seterusnya dengan pakej VIP. Pakej VIP termasuk acara menandatangani buku bersama Tim Burton sendiri, memberi peminat peluang untuk bertemu seniman dan pembikin filem tersebut dengan secara langsung. Pakej ini juga menyertakan buku The Art of Tim Burton, pas musim yang membenarkan pelawat masuk ke pameran tanpa had, dan juga menyertakan barangan edisi khas Tim Burton.
Pakej tiket VIP kami bernilai RM1500 merangkumi:
● Buku The Art of Tim Burton
● Peluang Tandatangan Buku bersama Tim Burton
● Pas Musim (Masuk tanpa had ke pameran)
● Barangan Edisi Khas Tim Burton
Terhad kepada 100 tiket sahaja
Pakej tiket VIP akan dilancarkan pada Sabtu, 25 Februari pada jam 12 tengah hari, dengan hanya 100 tiket yang tersedia. Bagi mereka yang telah membeli tiket biasa, tidak perlu risau kerana mereka mempunyai pilihan untuk mengemaskini ke pakej VIP di pautan pembelian yang sama. Ini dapat memastikan semua peminat mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam acara istimewa ini dan menjadikan lawatan mereka ke Pameran The World of Tim Burton lebih bermakna. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian tiket atau sistem pembelian tiket, sila hubungi agen tiket KOL NATION di talian +60 11-5621 5922.

Pameran The World of Tim Burton adalah acara yang wajib dikunjungi oleh semua peminat pembikin filem dan seniman yang terkenal ini. Pameran ini mempamerkan lebih dari 540 item unik, dari zaman kanak-kanak Tim Burton hingga projek terbaru beliau yang merangkumi medium sketsa, lukisan, gambar, foto, maquette dan patung kecil yang digunakan untuk filem-filemnya dan juga patung manusia sebenar. Dengan pakej tiket VIP, peminat boleh meningkatkan pengalaman mereka dan membuat kenangan yang kekal sepanjang hayat.
Untuk membeli tiket VIP Pameran The World of Tim Burton:
https://kol-nation.com/the-world-of-tim-burton-malaysia/
Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran The World of Tim Burton: https://www.toyboxprojects.com/timburton