KUALA LUMPUR, 22 November 2021 – Penyanyi, pelakon serta pengacara muda berbakat besar yang telah berkecimpung dalam industri seni tanah air sedekad lamanya dan merupakan juara program pertandingan nyanyian Kamilah Bintang pada tahun 2010, Syazwani Abdullah atau lebih terkenal dengan nama pentasnya Wani Kayrie tampil dengan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul ‘Jangan Terlepas Pandang’ hasil ciptaan komposer terkenal negara, MFMF dan Asyraf Nasir.

“Akhirnya penantian menghasilkan single bersama Rocketfuel tercapai jua. Syukur dan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel sekaligus tampil dengan lagu baru,” katanya.

Wani yang pernah mengharumkan nama negara sewaktu bertanding di World Championship of Performing Arts (WCOPA) pada tahun 2012 di Hollywood, California, Amerika Syarikat dengan memenangi 1 pingat emas, 2 pingat perak, 1 pingat gangsa serta Hollywood Industry Award, sememangnya seorang penyanyi yang kental dan tidak kenal erti kalah.

“Mungkin masih ramai di luar sana yang kurang mengenali nama Wani Kayrie, namun sebagai anak seni itu sedikitpun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.

Jangan Terlepas Pandang adalah suara hati saya. Setelah lebih dari 10 tahun bergiat aktif dalam bidang seni tanah air, saya lebih matang dalam berpendirian. Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan. Namun, saya masih lagi berharap untuk menjadi bintang utama dan tak dilepas pandang,” katanya.

Single bergenre pop dansa ini adalah gabungan idea kreatif di antara komposer MFMF dan juga Asyraf Nasir yang mahukan kelainan buat Wani agar keluar dari zon selesanya dan tampil dengan sesuatu yang baharu.

Terang MFMF, “Apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu ini kepada pendengar adalah sebuah kenyataan bahawasanya masa Wani untuk menyinar telah tiba. Ia menceritakan tentang semangat beliau dalam menonjolkan bakat dan kemampuan dirinya, serta bagaimana beliau mengatasi rintangan yang dihadapi apabila merasa tewas.

“Selain itu, mesej yang terdapat dalam lagu ini juga adalah sebagai pembakar semangat bagi setiap individu di luar sana yang ingin membuktikan diri mereka kepada semua orang bahawa mereka mampu mencapai lebih daripada apa yang disangkakan jika sentiasa bekerja keras dan tak berputus asa.

Penantian Wani Kayrie untuk menghasilkan single bersama Rocketfuel akhirnya tercapai

Pemenang tempat keempat pertandingan realiti TV Big Stage 2018 serta Dansa Dan Sing 2020 yang mengidolakan penyanyi antarabangsa seperti Beyonce, Jessie dan Agnez Mo ini percaya bahawa sebagai penyanyi wanita seseorang perlu ada sifat kendiri dan semangat juang seperti yang ditonjolkan oleh penyanyi-penyanyi hebat ini.

“Saya kagum dengan mereka dan menjadikan mereka sebagai inspirasi saya kerana semangat women’s empowerment yang dipamerkan setiap kali beraksi di pentas. Mereka buka sahaja penyanyi bahkan penghibur serba boleh dan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali membuat persembahan dengan idea di luar kotak.

“Ibu saya iaitu Mama Kay merupakan pendorong utama dalam kerjaya seni saya. Saya kagum dengan semangat mama sebagai seorang wanita yang cekal kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah mama lakukan demi kerjaya saya,” katanya.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung di seluruh negara sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap proses rakaman yang sepatutnya dijalankan di studio MFMF.

Terang MFMF lagi, “Kami terpaksa melakukan kerja-kerja penggubahan lagu Jangan Terlepas Pandang secara online kerana negara masih lagi berada dalam tempoh PKP. Proses rakaman juga terpaksa dikendalikan tanpa bersemuka dengan pihak artis dan label. 

“Walaupun proses rakaman secara online ini merupakan pengalaman baru buat Wani, ini tidak menjejaskan persembahan serta mutu vokal beliau. Kami amat bersyukur diatas pertolongan dan sokongan daripada pihak Rocketfuel dan juga sifat profesionalisme Wani dalam memastikan seluruh proses rakaman berjalan dengan lancar dan dalam masa yang singkat.

Menurut Encik Jipie, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “Wani adalah seorang artis muda yang berpengalaman. Bakatnya yang telah digilap sejak dari kecil banyak memberi impak terhadap mutu nyanyian dan persembahan vokalnya.

“Semoga dengan pelancaran single ini dapat melonjakkan lagi nama Wani Kayrie dan membuka mata semua orang yang mendengarnya.

Wani menambah, “Saya berharap agar single Jangan Terlepas Pandang ini dapat diterima ramai. Dan buat sesiapa yang mendengarnya, percaya dengan kebolehan diri sendiri dan jangan takut mencuba perkara baru dalam hidup, jangan mudah berputus asa dan jangan jadikan kritikan orang luar dalam menjatuhkan kredibiliti kita.”

Lagu Jangan Terlepas Pandang boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Wani Kayrie – Jangan Terlepas Pandang

 

82 thoughts on “Penantian Wani Kayrie akhirnya tercapai”
  1. I’m not sure why but this website is loading very slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I’ll check back later and see if the problem still exists.|

  2. Thanks for your marvelous posting! I quite enjoyed reading it, you might be a great author.I will make sure to
    bookmark your blog and will often come back later in life.
    I want to encourage you to definitely continue your great writing, have a nice
    weekend!

  3. Hello, Neat post. There is a problem along with your site in web explorer, may test this?IE nonetheless is the marketplace chief and a good portion of folks will miss your excellent writing because of this problem.

  4. Hi there! Would you mind if I share your blog with my zynga group?There’s a lot of folks that I think would really enjoy your content.Please let me know. Thank you

  5. whoah this weblog is excellent i like studying your posts.

    Keep up the great work! You know, many people are hunting round for this info, you could help them
    greatly.

  6. Excellent way of describing, and pleasant article to obtain facts concerning mypresentation topic, which i am going to deliver in academy.

  7. Your style is so unique in comparison to other people I’ve read
    stuff from. Many thanks for posting when you’ve got the opportunity, Guess I will just book mark this blog.

  8. My family members all the time say that I amkilling my time here at net, however I know I am getting experience everyday by reading thes nice articles.

  9. Just wish to say your article is as amazing. The clarity in your post is just excellent and i
    could assume you’re an expert on this subject.

    Well with your permission allow me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post.
    Thanks a million and please carry on the enjoyable work.

  10. Hello! I could have sworn I’ve been to this site before butafter browsing through some of the post I realized it’s new to me.Nonetheless, I’m definitely glad I found it and I’ll be bookmarking and checking back often!

  11. Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it.
    Look advanced to more added agreeable from you!
    However, how can we communicate?

  12. After I originally left a comment I appear to have clicked on the
    -Notify me when new comments are added- checkbox and now every time a comment is added I receive 4 emails with the
    exact same comment. There has to be an easy method you can remove me
    from that service? Cheers!

  13. Wow, marvelous blog structure! How lengthy have youbeen blogging for? you make running a blog look easy.The full look of your website is fantastic, let alone the content!

  14. Hi there it’s me, I am also visiting this web page
    daily, this website is in fact pleasant and the users are actually
    sharing good thoughts.

  15. I always used to study piece of writing in news papers but now as I am a user of net therefore from now I amusing net for articles, thanks to web.

Comments are closed.