April 22, 2024

Pihak penganjur iaitu RR Brothers Studio memutuskan untuk menangguhkan penganjuran Concert Sabyan & Seventeen yang sepatutnya berlangsung pada 15 Oktober 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti juga dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti.

Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu. Nantikan pengumuman tarikh baru kelak,” ujar Jimmy Edward  mewakili pihak penganjur.