MELAKA : Namanya tidaklah segah nama-nama penyanyi seusia beliau di dalam industri muzik tetapi bakatnya mula menonjol dalam bidang nyanyian sejak berusia 4 tahun lagi, dan pada tahun ini beliau sudah menginjak usia 12 tahun.

Muhammad Baihaqi Hakimi Bin Mohd Rozaimi atau lebih dikenali dengan nama Baihaqi berasal daripada negeri Melaka ini pada awalnya hanya menjadikan bidang nyanyian sebagai hobinya sahaja, tambahannya lagi, Baihaqi mula menjadi lebih minat untuk menceburi bidang nyanyian apabila beliau sering mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling beliau.

Baihaqi semakin berani tampil dengan single terbaharu berjudul Kasih Suci

Sokongan daripada keluarga dan orang disekelilingnya membuatkan Baihaqi mula berani mengadakan bentuk persembahan di pentas sekolah ketika usianya 9 tahun. Dengan bakat dan keberanian yang ada, Baihaqi mencuba nasib untuk menyertai ujibakat program Ceria Online Star anjuran stesen TV berbayar Astro. Nasib tidak menyebelahi Baihaqi dan beliau berazam untuk memperbaiki kelemahannya di dalam bidang nyanyian ini.

Bermula daripada situ, Baihaqi mula mengorak langkah untuk mencari guru vokal yang dapat membimbingnya. Baihaqi merasa bertuah apabila dipertemukan dengan guru vokal yang terkenal, Cikgu Shafi yang sanggup mencurahkan ilmu di dalam bidang nyanyian kepada beliau.

Melalui Legasi Sigma Sdn. Bhd yang bertindak sebagai penerbit, untuk merekodkan single pertamanya yang berjudul Kasih Suci, Baihaqi telah diberi peluang dimana liriknya di tulis oleh Sulami Kasih, manakala susunan muzik lagu ini di susun oleh Ajib (Ajib Sarang Studio) dan lagu ini merupakan lagu daripada Shino, bagi menjayakan lagu Kasih Suci ini, Rahmad Kamikaze (RK39 Production) banyak membantu dari segi kualiti muzik.

Lagu Kasih Suci boleh di didengarkan di semua pelantar penstriman digital seperti Sportify, Deezer, iTunes, Apple Music, KKbox, Amazon dan banyak lagi, manakala video muzik rasmi (MV) boleh ditonton di saluran Youtube amysigmaempire.

Kasih Suci – Baihaqi (Official Music Video)
6 thoughts on “Penyanyi cilik berbakat besar muncul dengan single pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published.