May 22, 2024

KUALA LUMPUR – Michelle Maali, 25, yang ramai kenali di laman sosialnya Amirchelly di Tiktok ceburi bidang muzik di Malaysia.

Beliau mula ceburi bidang muzik di Malaysia hujung tahun lepas dengan mengeluarkan single pertamanya, Ubah Hati Ini di semua digital streaming platform tapi bukan dalam Bahasa Jerman atau Bahasa Inggeris, malah berlirikkan Bahasa Melayu. Lagu Melayunya berjudul, Ubah Hati Ini merupakan lagu yang ditujukan untuk majlis perkahwinan pasangan viral Malaysia- Jerman ini yang meraih lebih 900,000 pengikut di aplikasi Tiktok.

Michelle Maali

Pasangan Jerman-Malaysia ini membuat keputusan untuk pindah ke Malaysia sejak awal Mei tahun lepas dan Michelle yang mempunyai minat dan bakat dalam menyanyi membuat keputusan untuk merilis sebuah lagu melayu pada 2 Disember tahun lepas. Sebelum ini, Michelle banyak menghasilkan video menyanyi lagu-lagu melayu di aplikasi tiktok. Salah satu video nyanyian Michelle telah merai 1.8 Juta tontonan, di mana dia cuba menyanyi lagu Beribu Sesalan.

Michelle berkata “untuk pejadi seorang penyanyi adalah satu impian dan cita cita sejak saya kecil lagi, tak sangka harini saya dapat meriliskan sudah 2 single di Malaysia dengan sokongan dari pendengar-pendengar di Malaysia.”

Kali ini beliau menghasilkan sebuah lagu Raya berjudul Jom kita Raya khas buat lebaran hari raya bersama komposer tersohor tanahair Mohariz Yaakup yang membuatkan Michelle penyanyi asing pertama menghasilkan lagu Melayu di Malaysia.

Lagu terbaharu Michelle Jom Kita Raya boleh didengari di semua streaming platform, Apple music, spotify, YouTube, joox, kkbox. Video muzik rasmi Jom Kita Raya boleh ditonton di saluran Youtube Amirchelly Show.

Jom KitaRaya (Official MV)