April 20, 2024

KUALA LUMPUR – Tahun 2023 terus dimeriahkan dengan hiburan seni atau dikenali hiburan konsert demi memenuhi hasrat para pencinta muzik.

Push Play merupakan penganjur yang baru-baru yang terkenal akan menganjur hiburan yang bersifat antarabangsa ini.

Di samping itu, Push Play juga amat bersifat arif dan mengenalpasti kehendak pendengar muzik dan keinginan peminat tempatan dengan bangganya membawakan seorang pemuzik dan penyanyi wanita yang cukup terkenal iaitu, Lenka.

Lenka

Menurut Push Play persembahan Lenka ini akan berlangsung di Malaysia dan dijadualkan pada 1 Mei 2023 di Zepp KL bermula pada pukul 8.30 malam.

Walaubagaimanapun, beberapa soalan masih dipertanyakan dalam kalangan masyarakat dalam pemilihan penyanyi dan lebih faham Lenka merupakan artis antarabanga yang menyanyi lagu-lagu popular seperti Trouble is a Friend, Blue skies, Everythin’s okay dan sebagainya. Penganjur turut mempercayai penyanyi Lenka ini masih punyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu, Push Play juga memberikan tumpuan kepada penyanyi Lenka ini dengan tiada nafikan kehendak pendengar dan penonton walaupun proses hiburan mengambil masa yang lama. Penyanyi Lenka juga berhasrat dan berminat untuk menghiburkan peminat-peminat di Asia terutamanya, peminat di Malaysia.

Lenka bakal bertemu peminat Mei ini

“Konsert ini juga akan membawa memori terindah kepada para peminat dan mereka

akan berpuas hati dengan persembahan Lenka yang tidak lama lagi dipersembahkan di Malaysia,” menurut Nika, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Push Play.

Menurut Push Play, tiket-tiket konsert Lenka dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 untuk Zon Berdiri atau Blinded by Love, RM239 untuk Zon Duduk atau Don’t Let Me Fall dan RM3,800 untuk VIP Box atau The Show.

Penonton boleh melayari www.myticket.asia untuk membeli tiket secara dalam talian.

Seperti yang diketahui, Lenka juga memiliki lima buah album dengan dua album terkini iaitu Recover dan Discover yang ditayangkan pada 2020.

Ibu kepada dua orang anak ini juga sangat terkenal menerusi lagu seperti All My Bells Are Ringing, We Will Not Grow Old, Everything at Once.

Penglibatan penyanyi Lenka turut dikenalpasti dalam beberapa naskhah termasuk Murder Call, Home & Away dan terakhirnya dalam The Alice pada 2005. Bahawasanya, dibuktikan penyanyi Lenka ini amat popular dalam kalangan masyarakat.