KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2022 – LAYARKAN, sebuah lagu berkisarkan tentang perjalanan hidup yang harus diteruskan, tatkala negara, bahkan seantero dunia berhadapan wabak virus korona pada tahun 2020 (PKP 1). “Layarkan” merupakan lebih kepada memujuk hati agar tetap bertahan walau hidup dilanda kepayahan, musibah dan dugaan dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap Maha Pencipta.

Single pertama kumpulan Prasangka yang berjudul “Jadey” telah dirakam pada Julai 2020 setelah dibenarkan rentas negeri yang pertama. Lagu “Jadey” dirakam di studio Dapo Rekod, Nilai, Negeri Sembilan milik gitarist Areef Iskandar. “Jadey” berkisarkan tentang ayam tua yang masih memperjuangkan nasibnya persis ayam muda yang jauh lebih kuat dan hebat daripadanya. “Jadey” juga masih mahu berkuasa di dalam wilayahnya. Namun hakikat sebenarnya dia sudah tua dan tidak bertenaga seperti dulu lagi. Meniti usia senja haruslah berehat dan tenang-tenangkan diri. 

Mengenai single kedua yang bertajuk “Layarkan” telah dirakam awal April 2021, ditunjangi oleh penyanyi, serta komposer kumpulan Prasangka iaitu Ajis Hisham. “Layarkan” juga telah dirakam di studio Dapo Rekod, Nilai, Negeri Sembilan. 

Kumpulan Prasangka bakal mengeluarkan Ep pertama mereka pertengahan tahun 2022. Sebanyak 6 buah lagu dimuatkan di dalam Ep pertama ini. Segala proses mixing dan mastering diadun di Dapo Rekod. Areef Iskandar diberi kepercayaan untuk seluruh proses rakaman, mixing dan mastering. Kumpulan Prasangka berkonsep Rock n Roll , Bluegrass, kerakyatan dengan cara mereka tersendiri. Menurut Prasangka, mereka mempengaruhi muziknya dari beberapa kumpulan seperti Kembara, Search, Al Di Meola, Roy Clark dan Sirkus Barock.

Ilustrasi sangkar untuk cover single ‘Layarkan’

Perkembangan terkini kumpulan Prasangka sedang menanti kesemua lagu siap segala proses terbabit dan bakal meluncurkan EP pertama pada pertengahan tahun 2022. Namun jika terdapat undangan persembahan amat di alu-alukan.  

Ajis berkata ‘’Kami memilih syarikat Luncai Emas Sdn Bhd untuk edaran digital, kerana ianya bersesuaian dengan konsep dan citarasa kami dan Luncai Emas Sdn Bhd merupakan syarikat penerbitan tempatan. Jadi kami menyokong syarikat tempatan. Berkenaan ilustrasi untuk cover single “Jadey” ia melambangkan Jadey itu sendiri. Walaupun sudah tua, masih lagi mahu berkuasa di wilayahnya. “Layarkan” pula terdapat ilustrasi sangkar, melambangkan diri kita yang terkurung dengan sendirinya. Kedua-dua ilustrasi telah di buat oleh Sue Anna Joe , seorang jurugambar, pelukis, dan artis digital.

Single “Layarkan” telah pun berada di platform Youtube Luncai Emas Disember tahun lepas dan juga berada di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox Music. Edaran secara jualan digital bagi single ini dibuat oleh syarikat Luncai Emas Sdn Bhd.

‘’Harapan kami terhadap pendengar agar mereka menerima serta suka dengan percaturan kedua dari kami selepas single pertama “Jadey” di luncurkan di Youtube Luncai Emas Sdn Bhd pada Oktober 2020 yang lepas’’. Katanya.

Prasangka – Layarkan (Official Lyric Video)
79 thoughts on “Prasangka ‘Layarkan’ single kedua”
  1. [url=https://sildenafilmg.online/#]when will viagra be generic[/url] buying viagra online

  2. [url=https://sildenafilmg.online/#]buying viagra online[/url] buy viagra online canada

  3. [url=https://sildenafilmg.com/#]viagra coupons 75% off[/url] viagra from india

  4. [url=https://prednisoneforsale.store/#]buy prednisone 10mg[/url] prednisone 20 mg tablets

  5. [url=https://amoxilforsale.best/#]amoxicillin 500mg over the counter[/url] amoxicillin without a prescription

  6. [url=https://buymetformin.best/#]can i buy metformin from canada[/url] metformin 500 mg

Leave a Reply

Your email address will not be published.