Pengarah Pusat Alumni menyerahkan bantuan pada mangsa

TANJUNG MALIM, 3 JANUARI 2022 – “Dah berpuluh tahun saya tinggal disini, ini pertama kali jadi banjir, tak sangka air boleh naik tinggi macam ni, jadi persediaan untuk menghadapi banjir tu memang tiada”, kata salah seorang mangsa banjir Alumni UPSI. 

Atas dasar itu, Pusat Alumni telah menghantar staf bagi memenuhi keperluan dalam misi kemanusian untuk membantu Alumni-alumni Anak Kandung Suluh Budiman yang terkesan dengan banjir di negeri Selangor. 

Antara bentuk sumbangan yang diberikan adalah merupakan sumbangan berbentuk kewangan. Inisiatif ini adalah bertujuan dalam membantu alumni bagi meringan beban mereka serta menaikkan semangat mereka agar terus tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan. 

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, “Keprihatinan pihak Universiti melalui Pusat Alumni kepada Alumni Anak Kandung Suluh Budiman akan dijadikan suatu iktibar dimana walaupun sudah bergelar Alumni, pihak Universiti akan sentiasa bersama dengan Alumni”. 

Mengulas lanjut perkara itu, Pengarah Pusat Alumni Dr. Siti Hartini berkata, “Ziarah sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana tugas utama Pusat Alumni adalah untuk membantu dan menjaga kebajikan para Alumni disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak Universiti dan Alumni.”

Berharap dengan pemberian bantuan seperti ini para Alumni yang terkesan dapat merasakan diri mereka dihargai walaupun sudah bergelar alumni. Seterusnya selepas negeri Selangor Pusat Alumni UPSI akan bergerak ke negeri Pahang serta Negeri Sembilan bagi meneruskan misi bantuan banjir kepada para alumni di negeri tersebut. Usaha sebegini harus dijadikan iktibar buat semua Pusat Alumni di Universiti Awam bagi menaik kan moral dan semangat para Alumni mereka. 

Pengerusi Aksb Selangor turut menerima bantuan banjir
Salah seorang mangsa banjir
Wakil Pusat Alumni menyampaikan bantuan buat Alumni di Hulu Langat
35 thoughts on “Pusat Alumni UPSI kerah bantuan pada alumni yang terjejas akibat banjir”

Leave a Reply

Your email address will not be published.