KUALA LUMPUR : Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) meraikan kemeriahan Aidifitri tahun ini dengan mengadakan sebuah konsert penghormatan kepada komposer lagenda Malaysia, S. Atan. Konsert yang diberi judul Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan bakal berlangsung pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, bermula jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP)

Konsert bertemakan Aidilfitri ini dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose, julung kali akan menyaksikan kebolehan MPO dalam mempersembahkan muzik dari pelbagai genre, daripada karya orkestra klasik kepada muzik filem, pop, jazz dan kontemporari.

Ahmad Muriz Che Rose

Konsert ini juga akan menyaksikan S. Atan menyertai senarai artis-artis yang pernah berkolaborasi bersama MPO seperti Tan Sri S.M. Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Aubrey Suwito dan ramai lagi. MPO telah memberi penghormatan kepada artis-artis hebat ini di mana karya-karya mereka amatlah sinonim di persada muzik Malaysia.  

S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said adalah seorang lagenda dalam industri muzik, penulis lagu, komposer muzik dan penerbit album yang telah memenangi pelbagai anugerah. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menulis, menggubah dan menghasilkan lebih daripada 1,000 lagu-lagu popular untuk ramai artis yang terkenal. Antara artis yang pernah bekerjasama dengan beliau adalah Datuk Sharifah Aini, Datuk DJ Dave, Dato’ Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone dan Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Dato’ Jamal Abdillah, Azlina Aziz dan Jay Jay bersama di dalam Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan

Sebagai meraikan suasana hari raya, pentas DFP akan menghidangkan penonton yang hadir dengan lagu-lagu raya S.Atan yang ikonik dan penuh dengan nostalgia. Antara lagu-lagu raya sentuhan beliau seperti Cahaya AidilfitriDari Jauh Ku Pohon MaafJoget Hari RayaSalam AidilfitriInang AidilfitriMenjelang Hari Raya dan banyak lagi. Kesemua lagu yang dimainkan telah pun digubah dan diberikan nafas simfonik oleh Luqman Aziz, Jenny Chin, Ilham Subri, Gerard Salonga, Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chua dan Syed Sharir.

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan akan disertai oleh artis-artis tersohor Malaysia antaranya Dato’ Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz. Mereka akan bergandingan bahu bersama MPO untuk membawa penonton menyusuri memori Aidilfitri melalui alunan vokal hebat mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari www.dfp.com.my/cahayaaidilfitri.

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan

77 thoughts on “Raikan Aidilfitri bersama MPO dan S. Atan”
  1. 575073 335912You made some first rate factors there. I regarded on the internet for the dilemma and located most people will associate with with your web site. 520714

  2. 957902 913049Nice post. I be taught one thing more challenging on totally different blogs everyday. It will all the time be stimulating to learn content from other writers and apply slightly one thing from their store. Id desire to use some with the content on my weblog whether you dont mind. Natually Ill give you a hyperlink on your net blog. Thanks for sharing. 47847

Comments are closed.