May 23, 2024

KUALA LUMPUR : Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert oleh kumpulan R&B dan hip-hop popular Malaysia, Ruffedge, pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 jam 8.30 malam.  

Konsert yang diberikan nama Ruffera ini akan menyaksikan Ruffedge mengikuti jejak langkah kumpulan tempatan lain yang telah berpeluang mengadakan konsert di pentas berprestij DFP seperti Hujan dan Akim & The Majistret, sejajar dengan matlamat DFP untuk menyajikan persembahan dari pelbagai genre muzik kepada orang ramai. 

Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan membuat kemunculan sulung di pertandingan Sony Battery Face On Talent Search pada tahun 1999, di mana kumpulan ini memenangi tempat pertama. Sepanjang karier mereka, kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai lagu popular seperti Tipah TertipuDa’ Bomb dan banyak lagiKumpulan ini telah melahirkan tiga album studio dan dua album kompilasi yang telah mendapat sambutan hangat. Album Defined (2004) dan Ruffera (2005) telah menerima anugerah platinum.

Ruffedge telah memenangi anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan telah dicalonkan di beberapa acara anugerah yang lain seperti Anugerah Era dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kumpulan ini juga telah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2004.

Persembahan sulung Ruffedge di DFP ini akan menyaksikan kuintet popular ini membawa peminat-peminatnya menyelusuri memori dengan lagu-lagu popular mereka seperti Tiada Lagi CintaBila RinduLemas dan Seperti Mereka serta memberi penghormatan kepada artis-artis lain. Mereka akan diiringi oleh kumpulan pemuzik yang dipimpin oleh Dato’ Acis sebagai Pengarah Muzik.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan kumpulan hebat kesayangan mereka ini beraksi, pembelian tiket boleh dilayari di https://www.dfp.com.my/ruffera dengan harga seperti berikut:

Premium: RM200, A Reserve: RM180, B Reserve: RM140 dan C Reserve: RM100 Suite: RM320 dan RM360.

 

1 thought on “Ruffedge akan mempersonakan peminat di pentas berprestij

Comments are closed.