KUALA LUMPUR: Filem Aksi Wuxia Tahun Baru Cina, SAKRA edaran Lotus Five Star dan dibintangi oleh bintang antarabangsa Donnie Yen telah berjaya mencatatkan kutipan tertinggi di Malaysia dengan melebih RM5.2 juta.
Walaupun filem SAKRA bersaing hebat dengan pelbagai filem dari Hong Kong dan China seperti A Guilty Conscience dan The Wandering Earth 2, SAKRA tetap mengungguli kutipan tertinggi filem Tahun Baru Cina secara keseluruhan di Malaysia sehingga 29 Januari 2023 dan secara tidak langsung dilabelkan sebagai filem pecah panggung pertama Donnie Yen pada tahun 2023.
Diedarkan oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing, filem wuxia blokbuster SAKRA kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia.