April 19, 2024

KUALA LUMPUR: Di awal tahun baru 2023, satu berita gembira telah dihadiahkan kepada pengedar filem tempatan Lotus Five Star apabila filem edaran mereka SAKRA yang dibintangi oleh bintang antarabangsa Donnie Yen telah meraih kutipan tertinggi melebih RM 3.2 juta dalam masa 8 hari tayangan sejak 16 Januari lalu.

Filem Sakra, didaptasikan daripada Demi-Gods dan Semi-Devils Jin Yong, diterbitkan, diarahkan dan dilakonkan oleh Donnie Yen.

Baru-baru ini beliau telah berada di Malaysia bagi menjayakan sesi promosi dan jelajah filem SAKRA. Sepanjang jadual penjelajahannya, Donnie Yen disokong hebat oleh peminat kesayangan yang hadir dipelbagai acara sesi bertemu peminat, malam Tayangan Gala dan malam Tayangan Khas Peminat disamping beliau turut berkongsi menceritakan pengalamannya di sebalik pembikinan filem SAKRA.

Dengan sambutan yang begitu luar biasa, filem SAKRA telah berjaya memecah kutipan pecah panggung Tahun Baru Cina dengan meraih kutipan tertinggi di Malaysia setakat 22 Jan lalu.

Diedarkan oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing, filem wuxia blokbuster SAKRA kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.