SHAH ALAM : Penganjuran edisi ke-23 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 11 September 2022 membukti Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak pernah hilang taring, malah AIM23 kekal berprestij.

105 pencalonan disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 yang membabitkan seramai 113 juri dalam penilaian calon dengan setiap kategori diadili antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing. 

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM23):

  • Artis Baru Terbaik 
    • Vanessa Reynauld
  • Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)
    • Arddley Nicholas
    • Lagu: Pilu
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
    • Ernie Zakri
    • Lagu: Sinar Mata Hati
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
    • V.E
    • Lagu: Tunggu
  • Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
    • Shila Amzah and Liza Hanim
    • Lagu: Bahagiakan Dia
  • Video Muzik Terbaik
    • Pengarah: Chuan Looi
    • Video Muzik: Gatal
    • Artis: Janna Nick
  • Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama
    • Bahagiakan Dia
    • Shila Amzah & Liza Hanim
    • Komposer & Penulis Lirik:
    • Aliff Iskandar & Que Afiq
  • Lagu Rock Terbaik
    • Tugu Ugut
    • Sekumpulan Orang Gila
    • Komposer: Nazrin
    • Penulis Lirik: Ajim Juxta
  • Lagu Pop Terbaik
    • Goodbye Hello
    • Syamel and Ernie Zakri
    • Komposer & Penulis Lirik:
    • Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
  • Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
    • CIAO
    • Joe Flizzow
    • Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions
    • Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park
  • Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik
    • Fun, Lust, Love
    • Late Night Frequency
    • Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF
  • Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
    • Game of Charades
    • Sophia Zuhri
    • Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri
  • Lagu Cina Tempatan Terbaik
    • Wu Ren Qian Shou De Xin Fu
    • Uriah
    • Komposer: Uriah, Jia Wang
    • Penulis Lirik: Hong Jian Rui
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
    • Tak Ingin Usai
    • Keisya Levronka
    • Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau
  • Lagu Nasyid Terbaik
    • Thank You Allah
    • Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
    • Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K
    • Penulis Lirik: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris
  • Lagu Pop Etnik Terbaik
    • Adat Kasih
    • Ziha Salleh
    • Komposer: Aubrey Suwito
    • Penulis Lirik: Tinta
  • Album Terbaik
    • Penerbit: Wolfy
    • Album: Yonny (Deluxe Version)
    • Artis: Yonnyboii
  • Lagu Terbaik
    • Goodbye Hello
    • Syamel and Ernie Zakri
    • Komposer & Penulis Lirik:
    • Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Pra-Anugerah

  • Kulit Single atau Album Terbaik 
    • Pereka: Patrick Leong Kok Soong
    • Album: Adat Kasih
    • Artis: Ziha Salleh
  • Rakaman Album Terbaik
    • Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito
    • Album: Belagu
    • Artis: Dayang Nurfaizah
  • Rakaman Lagu Terbaik
    • Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito
    • Lagu: Tudung Periuk
    • Artis: Dayang Nurfaizah
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 
    • Arranger: Aubrey Suwito
    • Lagu: Tudung Periuk
    • Artis: Dayang Nurfaizah
  • Lagu Paling Tinggi Di Strim
    • Lotus
    • Artis: ForceParkBois
    • Label: Forceparkbois
  • Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi Ditonton di YouTube
    • Malam Semakin Dingin
    • Artis: Tajul & Afieq Shazwan
    • Label: FMC Music
  • Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi 
    • Adakah Ini Mimpi
    • Artis: Reedzwann
    • Label: Rusa Marketing/Universal Music

Terdahulu, majlis berprestij yang menyaksikan gandingan tiga hos, Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. 

AIM23 : Apa kata finalis dan pemenang Anugerah Industri Muzik 2022