March 29, 2024

SHAH ALAM : Ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz, Kumpulan yang diasaskan di kota Singapura ini dibarisi oleh Boy Botak (vokalis utama), Nazry (gitar utama), Dzoul (gitar kedua), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard).

Pada tahun 2021, band ini kembali ke persada seni suara dengan jenama baharu yang dikenali sebagai  projek berkumpulan D’OtaiBoyz. Mereka memilih nama itu untuk ketengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak ‘rock kapak’ dan Boyz adalah diambil dari nama vokalisnya, Boy Botak. 

Di awal kemunculan pada tahun 2007 mereka tidak mengeluarkan sebarang single dan hanya bergerak dalam persembahan dengan membawakan lagu-lagu ‘cover version’ di acara jemputan majlis keramaian sahaja. 

Muncul dengan single berjudul terbaharu berjudul Permata Ku berentak lebih kepada Balada Rockestra, vokalis D’OtaiBoyz, Boy Botak menjelaskan sambutan terhadap lagu tersebut begitu menggalakkan.

“Lagu ini lebih kepada jiwa rock kapak, walaupun kebanyakan lagu-lagu sekarang lebih terkini, tetapi lagu Permata ku ini menjurus kepada irama yang malar segar seperti lagu-lagu kumpulan UK’s dan seumpamanya,” katanya pada sidang media di Hotel U3, Shah Alam.

penjenamaan semula dengan dikenali sebagai D’OtaiBoyz

Menurut Luqman Hakim individu yang bertanggungjawab mencipta dan menulis lirik lagu berkenaan, dia berasa bangga dengan pencapaian lagu tersebut dan boleh diterima oleh peminat.

“Jumlah tontonan video muzik Permata Ku yang berada di saluran Youtube setakat ini mencecah lebih 55 ribu tontonan, ia suatu pencapaian yang membanggakan dan mendapat sokongan dari peminat.” Kata Luqman.

Lagu Permata Ku mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yang tertentu berkemungkinan curang atau sakit. 

Luqman Hakim selaku pencipta lagu dan penulis lirik lagu Permata Ku

Bagi menarik golongan muda mendekati dan menerima irama yang dibawakan oleh D’OtaiBoyz, mereka tidak bimbang akan golongan ini kerana mereka percaya irama rock kapak ini sentiasa malar segar dan boleh didengar oleh semua lapisan.

“Seperti lagu-lagu yang kita bawa ini mempunyai vibe 80-an, 90-an dan awal 2000, tetapi kita cuba ubah suai mengikut selera golongan muda masa kini.” Jelas Dzoul yang merupakan anggota D’OtaiBoyz berasal dari Malaysia.

Mereka tiba di Malaysia kelmarin, untuk menghadiri ‘Showcase Rentap VII’ di I-Cafe Bikerstation, Bandar Baru, Sg. Buloh dengan membawa lagu dari kumpulan Love Hunters yang tidak pernah keluar di radio, lagu dari kumpulan Search, lagu dari Sweet Charity berjudul Kamelia dan Teratai.

D’OtaiBoyz ketika membuat persembahan sempena ‘Showcase Rentap VII’ di I-Cafe Bikerstation

Terdahulu, kumpulan yang pernah dilanda dengan pelbagai masaalah dibubarkan dan seterusnya ia terkubur begitu sahaja. Namun bukanlah bermakna kumpulan ini ternoktah begitu sahaja. Namun sekitar tahun lalu, perjumpaan antara Boy Botak dan Luqman menjadi titik permulaan untuk mereka mewujudkan semula band atas jenama yang baharu dengan nama D’OtaiBoyz.

Video muzik (MV) rasmi Permata Ku boleh ditonton di saluran Youtube Asia Empire Tv.

D’OtaiBoyz – Permata Ku (Official Music Video)